Sakit belakang..
Badan tak sedap..
Hmm..
Tahniah untuk kengkawan gstt kat derma dulu yang dapat melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah, suma dapat jadi cikgu dah.. I loiikkkeee.. Sempena kejayaan diorang yg tak dapat saya raikan bersama, saya wat biskut yang syedaapp ini.. Khas untuk diorang, tapi saya yang makan..Err.. Bleh ke ni? :p
saya sangat gilakan coklat. Coklat masakan yang cair itu pun saya makan macam nasi. Pastu Cu Ida yang memang pembekal coklat utama dari Langkawi, balik dan bagi beberapa bungkus coklat Hershey's Kisses ni..Auwww... Terus tanya pakcik google.. Resepi pleassseee..
Tadaaaa.. Decoration..fail..hakhak.. Biskut ni sangat manis, bukan sebab biskut. Tapi coklat di dalam. Hidup ni, banyak sebenarnya yang manissss.. Berkawan pon, banyak sangat kenangan manisnya. Tapi dark coklat kat atas tu sedikit pahit.. Adatlah berkawan..
Biskut ni rangup, tapi tak boleh makan banyak. Sebab fitrah manusia penggemar coklat, dia tak kunyah coklat. Sebaliknya dibiarkan kenikmatan dan kelembutan coklat tu cari dalam mulut. Berkawan pon, benda yang manis, kenangan dan sewaktu dengannya, akan saya biarkan di dalam hati. Kulum dan simpan supaya meresapi nurani. Bila makan biskut ni, macam kontra di situ. Tak boleh kulum biskut. Bukan fitrah manusia kulum biskut kecuali biskut bakar sebab dia cair di mulut tidak ditangan.
Jadi, dengan mengambil keputusan mengunyah biskut ini, jika anda pengguna Sensodyne untuk gigi sensitif, adalah tidak digalakkan sebab ia akan menimbulkan satu rasa sensasi ngilu pada gigi. Hahaha.. Maka, jika suma yang manis2 dikulum dan dikunyah sekaligus, akan timbul sakitnya dalam berkawan.. Sebab kita tak dapat membezakan yang baik atau buruk. Dan kita sendiri pon ada gigi yang sakit.. Bertambahlah buruk.. (Apaakahhh ayat ini??)
So, untuk makan biskut ni, anda perlu gigit pemukaan biskut, dan kunyah. Kemudian baru cairkan coklat ni di dalam mulut anda dan nikmatilah keenakan Hershey's Kisses. Kalau anda letakkan Hersheys with almond dalam biskut ni, selepas anda kulum coklat tu, kemudian anda perlu mengunyah almond tersebut.. Bukankah persahabatan itu banyak ragamnya? Dan nikmat dari persahabatan, pahit atau manis..Macam biskut ni.. Sedap sebenarnya.. I miss them actually..
Ni resepi My Friends' Kisses
1 cawan marjerin / butter dicairkan(macam biasa saya suka Planta)
1/3 cawan gula perang
1/4 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh esen vanila
Hershey's Kisses Chocolate (ikut suka nak berapa pon..hee)
Coklat masakan yang dicairkan secara double boiler + 1 sudu teh shortening (agak2 sukatannya dengan biskut)
Cara? Macam biasa..Masuk je sumaaa...hahah.. marjerin + gula + tepung + esen vanila
Gaul sebati sampai gula hancur, adunan kembang elok. Pastu amik secubit adunan tadi, wat bentuk bola. Letak coklat tu kat dalam bola. Jangan tebal sangat. Bakar pada suhu 180 Celcius.
Coklat masakan tadi, blehla di drizzle kan kat atas biskut tu sebagai hiasan lepas biskut tu sejuk.. Tadaaaaa...
Simple je cara nak wat biskut ni.. Sebab nak dapat kawan pun senang.. Nak hilang pun senang..
Till next time.. Ja nee..
P/s: Sila sembunyi biskut ini diluar pengetahuan ahli keluarga yang mempunyai penyakit diabetes..Heeee..Maniss woii..