Fight-oh!

~unpredictable,ungovernable,very complicated me~

Wah,berabuk sudah. Sebulan tinggal blog. Sibuk kah?? Sibuk jugakla menghabiskan kerja sebelum cuti. Bulan 9 waktu untuk habiskan suma keje sblum bercuti panjang.konon-konon nak minta. cuti 2 minggu awal sebelum due date..gigihla menghabiskan suma soalan exam..marking buku,pbs,ppgb..alih2 tak dapat cuti 2 minggu. Cis. Dapat seminggu je. Takpela,janji dapat, tapi sebarang tanda nak bersalin langsung tak ada. 

Oleh sebab saya ni dikategori ada diabetes waktu mengandung so kena 'check in' awal.hee. Maknanya kalu tak ada sebarang tanda sampai 16 hb, saya kena induce. Tapi 15hb tu dah ada the show.istilah untuk turun darah.Orang tua-tua kata kembar darah.Ok panik. Tapi sempat lagi makan nasi lemak mak buat. Lepas ni pantang weh..

 Pegi hospital dalam kul 8 lebih. Masa tu ada rasa sakit macam senggugut tapi biasa je. Pegi spital klang. Doc check dia kata 1 cm pon tak terbuka lagi. Doa nak suh balik dulu. Tapi pastu dia terbaca pasal plan saya untuk wajib masuk spital hari tu. Check in jugala. Masa tu baby dah kurang aktif. Duduk kat wad 2 sebab tak dapat first class. Penuh. Nurse kata bulan 10 memang spital penuh dengan orang nak bersalin. Ok saya paham kenapa, heee. Bulan 1 kan banyak cuti. Ramai gak yang kawin Tahun Baharu Cina.heee.

 Pukul 2, dah rasa lain macam. Rasa macam senggugut. Tapi 5 minit sekalu. Ok, mcm ni rupanya rasa kontraksi. Ngeri. Masa mak abah ngan husband ada, try lg cover sakit depan diorang. Tp pastu dah macam nak pengsan. Saya sangat takut dengan sakit. Picit jerawat pun tak pernah tau. Takut. Masa tu ilang sudah rasa positif selama 9 bulan saya set dalam kepala. Sorang doktor lawa ni datang check saya. Still tak tbuka pon. Dia set kan kalau takda progress pukul 6 pagi esok diorang induce. Lagilaaa takut, tula padahnya bila terlampau bantak membaca dan dengar cerita org. Semua orang cakap induce sakit. Tapi knapa kontraksi ni pun sakit? Doa yang dihafal suma lintang pukang.. Yang ingat cuma Subhanallah dengan Lailahaillaanta.

 Pukul 9 mlm, saya tak rasa baby saya gerak. Saya betau nurse. Diorang check jantung, ok je.Dia tido daa.. Tapi darah saya naik. So diorang rest kan saya. Doc check, baru 1cm buka.What?? Mcm ni punya lama sakit, baru 1 cm. Dah tak ada daya lagi. Pastu sorang nurse tu tanya,saya minum air selusuh ke? Saya cakap ada minum air bunga siti fatimah. Dia kata patutla dah sakit mcm ni sekali, dia nasihat lain kali,dah terbuka 4-5 cm baru minum. Bleh pecah rahim dia kata sebab jalan tak buka,tapi dah paksa baby kuar dgn air tu. Oh ye ke. Manala saya tau.. Tapi darah terus naik. Doc dah ulang alik 2-3 kali. Tanya ada pening ke sakit dada ke. That will lead to eclampsia.

Eclampsia tu sawan masa mengandung disebabkan darah tinggi. Untuk elak saya stress, diorang pindahkan saya ke HDR. High deficiency room. Diorang cucuk sana cucuk sini. Letak ubat aper tah saya lupa. Tetiap kali kontraksi, darah saya naik. Then tetiba saya muntah. Taktaula kesan ubat ke aper. Saya dengar nurse kata,

"Suma tanda dah ada ni doc. What is the plan?". Tanda apakahh?

Masa tu saya mamai je. Tahan sakit satu hal la. Nyampah je tengok mesin tu dok kira brapa pratus kontraksi saya. Then dalam pukul 2 pagi, doc pakar datang. Dia check and bg plan seterusnya. Pukul 3 pagi baru buka 3cm. Doc suggest induce kat saya. Tapi saya cakap doc, saya nak operate. Doc Mag tu ckp lembut je nasihatkan saya suh induce. Maklumla anak sulung kan. Dia suggest letak epidural so saya tak sakit dah.finally saya kata okla,saya menurut perintahh. Janji tak sakit. Teruk betuilaa, penakut tahap teruk!!

Pukul 4 diorang tolak gi labour room. Tapi diorang check, baby dah stress. So takut effect baby, diorang decide operate. Dalam hati doa, cepatla cucuk ubat tahan sakit ke apa ke. Orang kata cucuk ubat kat belakang tu sakit.. Takdelaa.. Serius tak sakit.. Pukul 5 pagi kot start operate. Pukul 5.40 pagi saya dengar baby nangis. Pastu, tak lama dengar azan Subuh. Sebab saya dibius separa sedar,saya bleh tengok jam, rasa apa diorang buat. Tapi tak nampak apa diorang buat. Baby dah dibersihkan baru diorang tunjuk kat saya. Girl!! Masa tu tak igt dah sakit tadi.cuma saya sebut

. "Zara..."

Badan menggeletar. Sejuk giler. Darah still tinggi so saya tak kuar dari operation theater sampai pukul 8 pagi. Mcm nak suh nurse gi ckp kat luar, saya dah slamat. So dont worry. Finally, saya ditolak kuar. Tapi baby dipisahkan dgn saya sebab keadaan saya yang tak stabil lagi. Terus saya masuk HDR skali lagi. Cerita di hdr dan wad, insya allah, next entry.

Sebab dipisahkan dengan baby, waktu abang datang je leh gi tengok baby. Tak daya nak jalan, kena tolak pakai wilca. Duduk di HDR 1 hari, tak jumpa Zara. Abang je tengok dan amik gambar. Tapi masa tu perasaan berbaur sangat. Anak aku ker ni? Dah jadi mak ker aku ni? Yadoii..

Hari ke 2 dah kuar dari HDR di hospital baru dapat jumpa Zara kat wad kanak-kanak. Ok. Tak confident sangat. Tambah bila tak reti enak breastfeed. Hari ke 3, baru nurse datang bawa dia. Tu pun lepas request banyak kali. Still rasa kompius dan tak brapa leh terima kehadiran dia. Takut. Tak confident. This is a weird feeling. Bukankah sepatutnya kalu dalam movie2 tu, bila pegang baby, kita rasa seronok, mengalir air mata? Memang rasa sakit suma ilang lepas tengok Zara. Dalam kepala full of worry. Is she ok?  Tapi perasaan takut dengan kehadiran dia.. Meroyan ker saya ni?? Nauzubillah min zalik.

Ni masa umur sehari.. Sebijik macam muka Wen Yang yang selalu kena marah dengan saya dalam kelas. Adoilaa..

ni gambar dah botak..pipi dah tembam


Alhamdulillah, lepas dah beberapa episod drama swasta (tak payahlah cerita kisah Mentua vs Menantu kat sini.... heee..), So skang pantang kat Perlis. Walaupun jiwa agak kacau, tapi dengan adanya Zara Amani, yang lain, saya tak peduli..heee..

Sekarang, orang kata dah masa separuh akhir..kalu main bola, dah dekat2 90 minit dah. Aduh.. Masa penalti sangat menakutkan.tetambah lagi kalu masa penaltinya panjang. Waktu macam ni, terasa nak berkongsi cerita dengan orang keliling yang dah bersalin. Anak pertama specially. Tapi suma tak ada yang positif. Suma menakutkan. Dan menyakitkan.

"Anak sulung, kurang-kurang 10 jam la sakit.." Nurse kat klinik cakap.
"Nilah sakit nombor dua lepas mati.." Kawan sorang cakap.
"Sakit..Give up. Tak mau bersalin dah pasni.Cukupla anak sorang." Kawan lagi sorang cakap.
"Akak kena operate.Anak songsang. Lepas sehari, anak meninggal.." Kakak yang jumpa kat klinik.

Ok, enough. Tak nak dengar cerita apa lagi. Saya mahu sentiasa positif. Seperti biasa. Walaupun saya tahu sakitnya..Ya Allah. Minah2 senget yang bersalin dalam toilet tu, takde plak sakit lama pastu senang plak bersalin kan? Siap bleh buang2 lagi baby diorang.. Allah Maha Mengetahui Leen..

Hari ni, startla saya menggoogle petua-petua untuk memudahkan bersalin. Tak nak dengar side negatif sangat sebelum bersalin. Saya mahukan yang positif...

Sebelum ni, saya dah pun beli set bersalin Tanamera. Sebab diorang kata, virgin coconut oil tu, elok dah mengurangkan koyakan perineum semasa bersalin. Tryla guna. Tapi rupanya, baru saya tau, ada teknik urutan perineum yang boleh mengurangkan koyakan ni. Selama ni, punyala dok sapu je minyak tu kat situ..

Benda ni saya copy paste dari blog ni. Zuzu's Life.

Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?

* Lakukan "Perineal Massage"
* Menggunakan 1 atau 2 jari
* Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.


Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?

* Tidak ada.
* Senang dilakukan.
* Tidak menyakitkan.
* Tidak perlu bayaran.


Tatacara mengurut perineum

1. Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
 

2. Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
 

3. Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
 

4. Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
 

5. Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
 

6. Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.


Tak wat lagi..jangan tanya how it feel..ngee.. 

Ini pula saya amik dari web favourite saya. babycenter.com. Banyak benda kat sini yang berguna untuk dibaca.

Bernafas dan bernafas terlebih

Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.

Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.

Corak pernafasan untuk perlahiran

Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.

Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.

Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.

Teknik pernafasan mudah

• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!

• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

Sokongan semasa pernafasan

Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.

Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.

Bernafas dan meneran

Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.

Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.

Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.

Bernafas dan bukan meneran

Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.

Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/teknik-bernafas/#ixzz268ujRmr5


********************************************************

Kerisauan makin jelas lagi nyata bila sebenarnya, tak decide lagi nak bersalin kat mana. Nak sangat bersalin dekat dengan hubby sebab dia yang paling faham kesakitan, kemanjaan, kemengada2an saya. Dia tahu apa yang saya perlu. Tapi nak gak bersalin dengan mak di sisi sebab of cozla.. Tak payah tanya. Mak kita. Walaupun sebenarnya, saya ni depan mak, adalah orang yang berbeza. 

Depan mak, sakit ke, sedih ke, apa ke, tak pernah saya tunjuk. Sampai first time saya menangis dulu, mak terkejut sebab tak pernah tengok anak bongsu dia menangis. Selalunya saya tunjuk saya kuat depan mak dan abah sebab tak nak diorang bimbang, risau. Maklumlah diorang dah tua. Tak sihat sangat. Saya pendam je perasaan depan mak abah. Mak cakap saya happy go lucky. Tapi saya banyak luah dengan orang lain. Sebelum kawin, dengan member. Lepas kawin, dengan hubby. Tapi kalu bersalin di Klang, mak tak dapat datang awal. Perlis dengan Klang...Bukannya dekat. Kalau btul2 due 16hb, takpela. Kalu terkejut, terawal..Lagipun, mak abah tak sihat sangat nak datang duduk di sini. Tak selesa macam rumah diorang sendiri. Kalau 2 minggu di sini.. Huihh.. Saya dah tengok keadaannya bila mak abah di umah kak long masa kak long bersalin dulu..tekanannnnn..

Kalau balik bersalin di Perlis, hubby pon, paling kurang dia takkan sempat teman rasa sakit saya...Dia kena balik jauh sorang-sorang ke Perlis. Hmm.. sudahlah saya berpantang di Perlis. Tahap kerisauan dia yang kadang2 macam pompuan tu, akan merisaukan saya..

Positif Leen.. Positif.. You should always think about other as usual. Kalau kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita kan?kan?

By the way, satu-satunya cerita yang positif, saya dengar tentang bersalin, daripada sepupu hubby, Dayah, Dia baru bersalin 31 Ogos ritu. Anak merdeka lagi. Katanya, 2 hari sebelum bersalin, dia sempat pegi beraya umah adik ipar saya. 30hb, dia rasa sakit belakang. Tanda-tanda dah ada. Tapi sempat lagi gi Jusco nak makan2. Waktu buang air kecil, baru perasan ada lendir bercampur darah. Terus dia gi hospital. Hospital cakap, baru buka sikit, so dia balik dulu kemas2 barang, makan sepuas2nya. Nak bagi ada tenaga. Malam tu dia masuk hospital balik.(dia gi private hospital..) Contraction tu dah rasa, sakit toksah cakapla. Tak bleh bersuara dah melainkan mengerang. Dia masuk labour room pukul 9 pagi. 9.35 dah selamat lahir baby boy. Waaaaahhh.. Senangnya.. hehe.. Satu-satunya cerita positif dan menarik. Heee.. Habuan masing-masing. 

Tunggu cerita saya plak eh..

kawan saya,sonographer.dia introduce untuk try 3d/4d dcan.hmm bila  fikir,why not kann..mencari2 harga yg bpatutan kat area shah alam,klang dlm gugel.suma skitar 200++.member saya ckp,cuma 170.then sebab penah pegi scan kat poliklnk shaik,diorg penah betau yang tak lama lagi ada 3d scan kat situ.skadar mencuba nasib,masa inche totoro demam ritu,tanyala diorg.eh.eh.dah ada.harganya rm120 untuk 3d.rm200 untuk 4d.ok la kan?

Lagi satu, scan ni dia wat waktu malam. I like. Sebab takkanla inche Totoro nak cuti semata-mata nak tengok scan kan. Simpan cuti masa bersalin lagi baik. Schedule dia tetiap ari Rabu pukul 7.30 sampai 9.30 malam. Kalu bulan puasa, pukul 8-10 malam.

Waktu kitorang pegi, tak ada pon yang wat scan 3D. So takdela lama tunggu. Beria sangat nak wat scan ni sebab Inche Totoro masih tak sure jantina anak dia. Susah nak beli baju dia kata. Dia tak tau yang bini dia dah grab 2-3 helai baju pompuan. heeeeee..

Waktu nak scan tu, little baby sangat2 aktif. Excited nak suh ayah dia tengok agaknya. Awek cun yang scan kan saya tu pon tergelak2. Saya cakap memang baby ni aktif lepas pukul 8 malam.(Macam mak dia mungkin?) Bila nak tengok muka dia, dia tutup muka sebelah. Oleh sebab uri dekat dengan muka dia, tak clear sangatlah muka baby. Masa nak tengok jantina, dia angkat kaki then pegang. eh. eh. malu plak dia. Tapi memang bleh nampak 3 line tu. So comfirm la inche Totoro.. Ni Zara, bukan Wafi.. heeee..

Alhamdulillah baby sihat, pembesaran pun sekata dan tarikh due pon lebih kurang sama je dengan yang doktor kira. Berat dia skang 1.219 kg. Air ketuban pon ok. 17cm3. Range untuk air ketuban yang ok, dia kata 7-22. Heart beat baby 150. Condition suma ok. Alhamdulillah. Harap-harap sihatlah hendaknya





Muka cam sapa? nampak macam banyak ikut Inche Totoro. Ooo.. Idung tak kemik macam ibu dia..heee.. Sib baik..Tapi Totoro kata, saya slalu muncungkan mulut macam tu.heeee..Tapi lagi tak bleh blah.. Bukan ibu dia yang menangis tengok scan ni tau.. Ayah dia beria2 sebak. Siap meleleh air mata okaaaay.. Sudaahh.. Patutla dia yang teruk pembawakan budak. Sekarang ni asyik demam je Inche Totoro. Tak tau dah saya nak wat camna. Sakit macam saya pregnant 3 bulan dulu. Kebas kaki,lenguh2, pening. Sib baik tak muntah. Aih.. kalaulah bleh jangan la sakit. Biar saya sorang sudahla. Sebab..orang lelaki sakit ni.. adoiii.. Teruk bebenorrr macam nak bersalin..kuikuikui...




(Lepas tok wan dan toksu meninggal, mak sangat-sangat lemah..makan pun taknak.. Terkejut lagi agaknya..hmm..)




13 Julai 2012, ada Pureen Sales kat PJ. Sumpah saya tak tau kat mana sbenarnya. Tapi sebab biras saya, Kak Sal memang selalu serbu tempat tu, dia memang dah expert. Then adik ipar pun terjebak gak dengan sales tu. Maka saya pon terjebak gak nak pergi. Lagipun dalam hati dok kira-kira, dah dekat 7 bulan. Why not beli je barang. Nanti dah 7-8 bulan, tobat tak lalu nak beli dah. Pastu Kak Sal cakap, barang-barang dia murah specially baju. Saya pun ajakla Kakngah sekali turun serbu sales tu. Kakngah beli untuk anak buah kitorang la. Humaira yang genit tu.

Pukul 9.30 kitorang dah terpacak tunggu gate gudang tu buka. Mak aih orang.. Macam ulat taik.. Hakhak. Ramai gila. Yang sarat pon toksah cakapla. Yang kendong anak baru 26 hari pantang pun ada. Adoii.. biar betul kaaaakk.. Kesian bila tengok yang bawa baby. Kalu saya, ish.. tak kuasala..

Buka je, suma orang serbu tempat baju.. Tapi sesungguhnya kuasa ibu-ibu mengandung 7-8 bulan memang hebat. Tak padan perut sarat, abih suma orang ditolaknya. Bertarik2 baju. macam orang Afrika berebut makanan. Ya Rabbi.. Kakngah terus tarik2 baju skit, terus blah..Risau takut orang lain terberanak.. haha.. Saya pun main kaut je suma baju. Jap lagi baru pilih. Tu caranya. Kalau tengah orang rebut2 tu nak pilih, renti kanlaaa.. Tak daya punya..

Banyak tak banyak abih gak RM 500. Hah! Apa yang aku beli ntah.. Tapi baju memang murah. Kalu kat luar, bau Pureen je dah RM10. Tapi kat sini, baju satu set dengan seluar, dapat RM10. Siap platipus punya baju tu, kat luar berbelas ringgit, kat sini RM 1 je!!

Murah giler..Borang dekat 6-7 helai baju, baru abis RM50. Tapi baju untuk newborn tak banyak. Yang besar2 baya Humaira memang cantik2 and susah nak cari kat luar designnya. Dalam 10 helai je saya beli kat situ. Cadangnya, nak pegi The Stores je beli Sun Baby ke, Fiffy ke..Murah2 sudah..Nak beli Anakku, mampu memangla mampu. Tapi takmo ajar dia pakai mahal2..(naper ntah, sangat selesa dengan The Stores..heeee)

Memandangkan masih tak sure baby ni Wafi ke Zara although dan scan 2-3 kali..Amik jalan selamat, tak belila yang girly2 sangat. Tu pon ada gak yang saya amik gak sebab geram tengok cute sangat. Kalu kuar Wafi kang, dermala kat sapa2.. Heeeee.. (Tapi skang dah comfirm..Zara Amani..wink~)

Dalam banyak2 barang, baby bath, losyen suma2 tu, saya tak beli. Harga murah 2-3 hinggit je dari kat luar. Pastu Inche Totoro pon tak mau pakai bedak Pureen. Dia nak pakai Anakku. Ok.. Saya suka Anakku sebab rasa macam lagi tahan lama dari Pureen. Pendapat saya la. Mahal 2-3 hinggit je. Beli kat The Stores. Hehehe..

Let see apa yang saya beli.. Tapi gambar suma dari website Pureen. Malas nak atur barang amik gambar sebab Inche Totoro dah beria simpan dalam kotak..Hissh..'Anak dara' sorang tu memang kuat mengemas okayyy.. :p


Orang punyala ramai..ish.ish..

Mat untuk tukar lampin ke, untuk baring2 ke..hee

Napkin, kat luar harga dia RM 30. kat sini RM20 je

Comforter..RM 15

Eh, gambar ni sesat plak..ni diapers' beg. bukan Pureen. Tapi Fiffy. Saya beli warna ijauuu..tanteeekknyaa..RM29

Ni wajib ada kalu nak breastfeed. Disposable nursing pad RM 20

Ni beg susu..saya beli yang tengah tu..RM14

Ni pun beli gak. Beli 4. RM 5

Ni tak ingat brapa harga dia.Towel kecik

Towel yang ada cap tu. RM 15. Amik 2.

Wajib ada gak. Nak basuh botol. RM 11

Beli je siap2 sebab comel..hahaha..RM 5

Yang ni toksah cakapla..macam nak gila..Tomey2 sangat. Sepasang mitten & booties RM 5 je. Kalu ada cap RM 8

Set bantal dia RM 15

Ni penting2..Senang nak antar umah pengasuh. Rm 15

Pureen wipes yang kaler biru tu wangi diorang kata. 2 kotak, RM 8. Kalu yang kecik2 2 kotak RM 3

Basic diaper..Saya ajar dia pakai yang murah2 je..mak dia cigu je..sib baik tak rajin macam Kaklong, pakai Lunatoots..Tak rajin nak basuh..hehe..satu beg RM 24..ada brapa ntah dalam tu, tapi jatuh RM 0.32/sekeping

Kelambu..penting untuk rumah yang banyak nyamuk macam saya..tapi terbeli yang besar plak dah..hishhh..RM 15. Terpaksala beli lagi satu yang medium nya..

Rasa macam beli banyak..Duit abih pon banyak..Apsal sikit jer gambar ni..hishhh.. Tapi puas atila beli baju kat situ sebab murah banding tempat lain.Kalu barang2 lain, biasa je harga dia..Tapi kalu ikut list keperluan baby..Banyaaaaaaaakkk lagi yang tak ada..Hishh.. Botak kepala ni pikir..-_-




Banyak benda berlaku dalam bulan Julai ni. Kononnya hari tu nak update la slalu. Tapi tak pernah sempat. Dengan buku2 yang tak bertanda, sibuk ntah apa2 ntah.Haila.. Dulu bolehla, tanda buku sebulan skali.. Sekarang, sendiri mau ingat kalu pen merah abis 2 batang seminggu. Terpaksala beli pen merah Mr.D.I.Y yang sekotak RM 7.20 dapat 50 batang. Hekhek. Rekod paling cemerlang, member seklik kat sekolah tu, abis 15 batang untuk tanda paper sekali exam..ngeeeeehh..

Kalau yang pernah follow blog ni dari awal, ingat tak gambar tok wan saya naik basikal pergi Kangar? Tok wan suka kayuh basikal pagi2 pergi Kangar sejauh lebih kurang 5 km. Umur tok wan, sebaya dengan Dr. Mahathir. Tahun ni 84 sudah. Ri tu, sehari sebelum Ramadhan, tok wan dah pegi tinggalkan kami. Hmm..

Saya cucu paling manja dengan tok wan. Mak kata cucu kesayangan ssebab rajin melayan tok wan dulu. Dah besar-besar ni kurang sikit. Kalau bulan posa, mesti belikan tok wan kuih anak tangga kegemaran dia. Dah gi interview, mesti minta tok wan watkan air penerang ati. Minta tok wan ajar ayat2 penguat semangat masa kat U. Mak pon, kalu demam teruk, mesti panggil nama tok wan. Masa abah sakit teruk sampai koma dulu, tok wanla jaga abah. Bila dah kawin, balik kampung, mesti tok wan Tanya pasal cik Lie. Husband saya.

Last cuti sekolah ritu, sempat gak saya jumpa tok wan masa kenduri akikah anak sepupu saya. Tok wan masih kuat bergurau. Cuma dia dah tak larat nak mengayuh basikal ke Kangar. Selalu demam2. Masa saya sekolah dulu, tok wan pernah bagitau saya, dia lahir 1 Ramadhan. Kalau nak meninggal pun, mesti 1 Ramadhan. Itu saya ingat sangat. Dan bila tok wan meninggal sehari sebelum Ramadhan, kesannya sangat2 mendalam. 

Tahun lepas, 2 orang terdekat dengan saya meninggal. Pakcik madi, anak tok wan, meninggal 2 hari sebelum raya. Tok wan yang paling terkesan sebab pakcik anak lelaki yang paling dekat dengan dia. Selalu je ada kat umah tok wan. Pukul 2-3 pagi pon dia bleh tinggal anak bini, datang umah tok wan. TOk wan kata, kalau dia meninggal, dia nak dikebumikan sebelah kubur pakcik. Alhamdulillah. Tercapai hajat dia. Betul2 sebelah pakcik. Mungkin sekarang diorang tengah bersembang bertukar2 cerita. Mungkin.. Arwah abg ipar saya, Abg Farid meninggal bulan 10. Sekarang Kak Ngah jadi pengganti saya di rumah, temankan mak. Alhamdulillah sebab Kak Ngah orang yang paling faham cara mak tak macam saya dan Kak Long. Kak Ngah saling tak tumpah macam mak perangainya.

Baru 3 hari puasa, keluarga kami terkejut lagi. Kali ni Tuk Su Ya. Bapa sedara abah. Yang agak rapat dengan mak abah. Kemalangan dilanggar keretapi hari ni. Saya masih tak jelas dengan cerita kemalangan tuk su. Kejap lagi baru nak tipon abah tanya cerita sebenar. Kak Ngah kata abah terkejut lagi. Mak dah lembik lutut. Dah tak lalu makan. Risau saya dengan mak abah. Sudahlah keadaan rumah yang tak sempurna lagi lepas kebakaran hari tu. Ni satu2 berita yang mengejutkan datang.Moga mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh. Moga diampunkan segala dosa. Urusan mereka dah selesai, kita entah bila..Wallahualam..


Nak cerita tentang Zara Amani, tentang Pureen Sales, tentang Tanamera Postnatal Set, tentang scan 3D… tapi takda mood lagi..hailaa..tengok esok camna eh..

Nak gi masak nasi untuk sahur jap.heeee..ja ne..

Pages

About me

About this blog

What belongs here, remain here..

klik aje

Powered by Blogger.

Totoro