Sekarang, orang kata dah masa separuh akhir..kalu main bola, dah dekat2 90 minit dah. Aduh.. Masa penalti sangat menakutkan.tetambah lagi kalu masa penaltinya panjang. Waktu macam ni, terasa nak berkongsi cerita dengan orang keliling yang dah bersalin. Anak pertama specially. Tapi suma tak ada yang positif. Suma menakutkan. Dan menyakitkan.
"Anak sulung, kurang-kurang 10 jam la sakit.." Nurse kat klinik cakap.
"Nilah sakit nombor dua lepas mati.." Kawan sorang cakap.
"Sakit..Give up. Tak mau bersalin dah pasni.Cukupla anak sorang." Kawan lagi sorang cakap.
"Akak kena operate.Anak songsang. Lepas sehari, anak meninggal.." Kakak yang jumpa kat klinik.
Ok, enough. Tak nak dengar cerita apa lagi. Saya mahu sentiasa positif. Seperti biasa. Walaupun saya tahu sakitnya..Ya Allah. Minah2 senget yang bersalin dalam toilet tu, takde plak sakit lama pastu senang plak bersalin kan? Siap bleh buang2 lagi baby diorang.. Allah Maha Mengetahui Leen..
Hari ni, startla saya menggoogle petua-petua untuk memudahkan bersalin. Tak nak dengar side negatif sangat sebelum bersalin. Saya mahukan yang positif...
Sebelum ni, saya dah pun beli set bersalin Tanamera. Sebab diorang kata, virgin coconut oil tu, elok dah mengurangkan koyakan perineum semasa bersalin. Tryla guna. Tapi rupanya, baru saya tau, ada teknik urutan perineum yang boleh mengurangkan koyakan ni. Selama ni, punyala dok sapu je minyak tu kat situ..
Benda ni saya copy paste dari blog ni. Zuzu's Life.
Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"
Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.
Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.
Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
* Lakukan "Perineal Massage"
* Menggunakan 1 atau 2 jari
* Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.
Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!
Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
* Tidak ada.
* Senang dilakukan.
* Tidak menyakitkan.
* Tidak perlu bayaran.
Tatacara mengurut perineum
1. Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
2. Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
3.
Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj.
Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa
sedikit regangan.
4. Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
5. Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
6.
Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit
setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu
anda akan terasa lebih regangan.
Bernafas dan bernafas terlebih
Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.
Corak pernafasan untuk perlahiran
Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.
Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.
Teknik pernafasan mudah
• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.
• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.
Sokongan semasa pernafasan
Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.
Bernafas dan meneran
Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.
Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.
Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.
Bernafas dan bukan meneran
Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/teknik-bernafas/#ixzz268ujRmr5
3 org suka saya:
anak dah 4, tak pernah saya lakukan urutan macam ni, tp alhamdulillah semasa melahirkan 3 anak yang akhir, semua koyakkan kecil dan langsung tak perlu jahitan. Anak pertama je yang berjahit, serong bentuk L lagi....huhu.
Petua saya, jangan angkat punggun, tunggu sehingga serviks betul2 buka baru meneran, jangan sakit je pi teran, n buat secara normal, tak perlu ambil apa2 ubat tahan sakit, epidural atau yg lainnya, kecuali dah tahan sangatlah. Apa pun, tawakal dan doa selalu, dan keredhaan dari suami tu penting.
selamat bersalin ya.
Pengalaman bersalin anak ke 2 saya paling mudah, pukul 12.30am sampai hospital, 12.45 dah bersalin, 15 minit je, tak sempat apa masa tu, alhamdulillah.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.
Post a Comment