Fight-oh!

~unpredictable,ungovernable,very complicated me~

Dah lama tak menyentuh blog..masuk dua bulan kalu ikut hari ni.. In the middle of the chaos.. baru abis bola baling di padang, sambil makan sup yang cedap neh, terlintas nak wat refleksi diri skaligus memotivasikan semangat yang sedikit kurang minggu ni. skang kul 7.30 mlm. japgi 8.30mlm, ada klas ganti sains. ari ni giliran saya untuk microteaching..

to be the truth, i'm enjoying my life here. walaupon merungut assgment banyak, klas takde rehat, all sort of ko kurikulum, tapi suma tu benda baru dalam idup saya. itulah yang saya nak crita sbenarnya. kawan2, alhamdulillah. semuanya baik2 blaka.. walaupon jauh lebih muda, tapi sangat2 matang berbanding saya. Tak ada hipokrit, masing-masing saling bertolak ansur sekaligus mengurangkan tekanan yang makin hari makin menghimpit. waduuhh..ayat.. (kesan dok wat esei untuk subjek Ilmu Pendidikan).. kawan2 suma satu kepala. Bleh karok juga..hahahah..

waktu mula2 jadi cigu 2 tahun lepas..saya terpikir.. betulkah ni jalan idup yang saya pilih.. dan bila melangkah ke maktab, benda utama saya tengok.. saya antara yang tua dalam kelas. Kurang bercakap, kurang menonjol, slow learner, tak pandai dalam kokurikulum.. (haloooo.. mana saya pnah aktif koko weh..). Saya manusia yng intrapersonal bak kata Lawrence Kohlberg. Banding dengan orang lain yang petah berbicara, hebat englishnya..(my english is soooo poor), cepat menghafal, ada macam2 kebolehan lain yang menonjol. Yang lecturer tengok pon, mesti dapat markah penuh. Tapi saya bukan orang yang menonjol. Tak ada kebolehan. Tak berani bersuara. Satu-satunya kebolehan saya ialah komputer. Obses okkk.. Dan saya cepat bergaul. Tu je.. Dari segi kordinasi tangan pon, agak lemah. Waktu usia 28 tahun ni, baru saya sedar rupanya perkembangan emosi saya agak lambat berbanding orang lain. Sebab tulah agaknya saya ni masih kebudak-budakan.

Suma tu sekaligus wat saya down. Tapi satu je yang wat semangat saya masih hidup, sebab mak abah dan abang. Diorang sangat berbangga dengan saya. Plus, bila berjumpa dengan benda2 baru, saya sangat teruja. seronok nak gi kawad, seronok nak main bola baling and minggu depan ada Bina Insan Guru yang perlukan kami camping dalam utan untuk 4 hari 3 malam. Rasa ingin tahu tu yang wat saya semangat lebih. sedangkan yang lain saya sangat2 rasa ketinggalan berbanding orang lain.

tapi sedikit demi sedikit, suma rasa kekurangan tu mula kurang sebab apa yang saya dapat di maktab ni..pengalaman dan satu perubahan yang saya tak tau nak cakap camna.. alhamdulillah, rupanya, dulu saya penah komplen kenapa abah namakan saya Hazleen, sebab hati saya sangat lembut dan mudah patah. tapi rupa-rupanya tulah pentingnya hati yang lembut supaya saya lebih hargai orang sekeliling saya, lebih peka dan sebagai guru, saya dekat dengan anak2 bakal didikan saya. Alhamdulillah.. hati saya yang lembut ni, buatkan saya mudah diterima semua walaupun saya tak ada kelebihan langsung berbanding orang lain di sini. Hati saya yang lembut ni saya harap dapat untuk dekati anak2 yang masih kecil dan perlukan bimbingan saya.

bersambung lain kali ok..nak mandi..heeee...


* the word adapt..adapt..adapt..is from the novel ' Village By The Sea' by Anita Desai which I read when I was 18. Mr. Panwallah said it to Hari when he was giving up his life..

Pages

About me

About this blog

What belongs here, remain here..

klik aje

Powered by Blogger.

Totoro

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers