Fight-oh!

~unpredictable,ungovernable,very complicated me~

Wah,berabuk sudah. Sebulan tinggal blog. Sibuk kah?? Sibuk jugakla menghabiskan kerja sebelum cuti. Bulan 9 waktu untuk habiskan suma keje sblum bercuti panjang.konon-konon nak minta. cuti 2 minggu awal sebelum due date..gigihla menghabiskan suma soalan exam..marking buku,pbs,ppgb..alih2 tak dapat cuti 2 minggu. Cis. Dapat seminggu je. Takpela,janji dapat, tapi sebarang tanda nak bersalin langsung tak ada. 

Oleh sebab saya ni dikategori ada diabetes waktu mengandung so kena 'check in' awal.hee. Maknanya kalu tak ada sebarang tanda sampai 16 hb, saya kena induce. Tapi 15hb tu dah ada the show.istilah untuk turun darah.Orang tua-tua kata kembar darah.Ok panik. Tapi sempat lagi makan nasi lemak mak buat. Lepas ni pantang weh..

 Pegi hospital dalam kul 8 lebih. Masa tu ada rasa sakit macam senggugut tapi biasa je. Pegi spital klang. Doc check dia kata 1 cm pon tak terbuka lagi. Doa nak suh balik dulu. Tapi pastu dia terbaca pasal plan saya untuk wajib masuk spital hari tu. Check in jugala. Masa tu baby dah kurang aktif. Duduk kat wad 2 sebab tak dapat first class. Penuh. Nurse kata bulan 10 memang spital penuh dengan orang nak bersalin. Ok saya paham kenapa, heee. Bulan 1 kan banyak cuti. Ramai gak yang kawin Tahun Baharu Cina.heee.

 Pukul 2, dah rasa lain macam. Rasa macam senggugut. Tapi 5 minit sekalu. Ok, mcm ni rupanya rasa kontraksi. Ngeri. Masa mak abah ngan husband ada, try lg cover sakit depan diorang. Tp pastu dah macam nak pengsan. Saya sangat takut dengan sakit. Picit jerawat pun tak pernah tau. Takut. Masa tu ilang sudah rasa positif selama 9 bulan saya set dalam kepala. Sorang doktor lawa ni datang check saya. Still tak tbuka pon. Dia set kan kalau takda progress pukul 6 pagi esok diorang induce. Lagilaaa takut, tula padahnya bila terlampau bantak membaca dan dengar cerita org. Semua orang cakap induce sakit. Tapi knapa kontraksi ni pun sakit? Doa yang dihafal suma lintang pukang.. Yang ingat cuma Subhanallah dengan Lailahaillaanta.

 Pukul 9 mlm, saya tak rasa baby saya gerak. Saya betau nurse. Diorang check jantung, ok je.Dia tido daa.. Tapi darah saya naik. So diorang rest kan saya. Doc check, baru 1cm buka.What?? Mcm ni punya lama sakit, baru 1 cm. Dah tak ada daya lagi. Pastu sorang nurse tu tanya,saya minum air selusuh ke? Saya cakap ada minum air bunga siti fatimah. Dia kata patutla dah sakit mcm ni sekali, dia nasihat lain kali,dah terbuka 4-5 cm baru minum. Bleh pecah rahim dia kata sebab jalan tak buka,tapi dah paksa baby kuar dgn air tu. Oh ye ke. Manala saya tau.. Tapi darah terus naik. Doc dah ulang alik 2-3 kali. Tanya ada pening ke sakit dada ke. That will lead to eclampsia.

Eclampsia tu sawan masa mengandung disebabkan darah tinggi. Untuk elak saya stress, diorang pindahkan saya ke HDR. High deficiency room. Diorang cucuk sana cucuk sini. Letak ubat aper tah saya lupa. Tetiap kali kontraksi, darah saya naik. Then tetiba saya muntah. Taktaula kesan ubat ke aper. Saya dengar nurse kata,

"Suma tanda dah ada ni doc. What is the plan?". Tanda apakahh?

Masa tu saya mamai je. Tahan sakit satu hal la. Nyampah je tengok mesin tu dok kira brapa pratus kontraksi saya. Then dalam pukul 2 pagi, doc pakar datang. Dia check and bg plan seterusnya. Pukul 3 pagi baru buka 3cm. Doc suggest induce kat saya. Tapi saya cakap doc, saya nak operate. Doc Mag tu ckp lembut je nasihatkan saya suh induce. Maklumla anak sulung kan. Dia suggest letak epidural so saya tak sakit dah.finally saya kata okla,saya menurut perintahh. Janji tak sakit. Teruk betuilaa, penakut tahap teruk!!

Pukul 4 diorang tolak gi labour room. Tapi diorang check, baby dah stress. So takut effect baby, diorang decide operate. Dalam hati doa, cepatla cucuk ubat tahan sakit ke apa ke. Orang kata cucuk ubat kat belakang tu sakit.. Takdelaa.. Serius tak sakit.. Pukul 5 pagi kot start operate. Pukul 5.40 pagi saya dengar baby nangis. Pastu, tak lama dengar azan Subuh. Sebab saya dibius separa sedar,saya bleh tengok jam, rasa apa diorang buat. Tapi tak nampak apa diorang buat. Baby dah dibersihkan baru diorang tunjuk kat saya. Girl!! Masa tu tak igt dah sakit tadi.cuma saya sebut

. "Zara..."

Badan menggeletar. Sejuk giler. Darah still tinggi so saya tak kuar dari operation theater sampai pukul 8 pagi. Mcm nak suh nurse gi ckp kat luar, saya dah slamat. So dont worry. Finally, saya ditolak kuar. Tapi baby dipisahkan dgn saya sebab keadaan saya yang tak stabil lagi. Terus saya masuk HDR skali lagi. Cerita di hdr dan wad, insya allah, next entry.

Sebab dipisahkan dengan baby, waktu abang datang je leh gi tengok baby. Tak daya nak jalan, kena tolak pakai wilca. Duduk di HDR 1 hari, tak jumpa Zara. Abang je tengok dan amik gambar. Tapi masa tu perasaan berbaur sangat. Anak aku ker ni? Dah jadi mak ker aku ni? Yadoii..

Hari ke 2 dah kuar dari HDR di hospital baru dapat jumpa Zara kat wad kanak-kanak. Ok. Tak confident sangat. Tambah bila tak reti enak breastfeed. Hari ke 3, baru nurse datang bawa dia. Tu pun lepas request banyak kali. Still rasa kompius dan tak brapa leh terima kehadiran dia. Takut. Tak confident. This is a weird feeling. Bukankah sepatutnya kalu dalam movie2 tu, bila pegang baby, kita rasa seronok, mengalir air mata? Memang rasa sakit suma ilang lepas tengok Zara. Dalam kepala full of worry. Is she ok?  Tapi perasaan takut dengan kehadiran dia.. Meroyan ker saya ni?? Nauzubillah min zalik.

Ni masa umur sehari.. Sebijik macam muka Wen Yang yang selalu kena marah dengan saya dalam kelas. Adoilaa..

ni gambar dah botak..pipi dah tembam


Alhamdulillah, lepas dah beberapa episod drama swasta (tak payahlah cerita kisah Mentua vs Menantu kat sini.... heee..), So skang pantang kat Perlis. Walaupun jiwa agak kacau, tapi dengan adanya Zara Amani, yang lain, saya tak peduli..heee..

Pages

About me

About this blog

What belongs here, remain here..

klik aje

Powered by Blogger.

Totoro