Fight-oh!

~unpredictable,ungovernable,very complicated me~


Banyak benda berlaku dalam bulan Julai ni. Kononnya hari tu nak update la slalu. Tapi tak pernah sempat. Dengan buku2 yang tak bertanda, sibuk ntah apa2 ntah.Haila.. Dulu bolehla, tanda buku sebulan skali.. Sekarang, sendiri mau ingat kalu pen merah abis 2 batang seminggu. Terpaksala beli pen merah Mr.D.I.Y yang sekotak RM 7.20 dapat 50 batang. Hekhek. Rekod paling cemerlang, member seklik kat sekolah tu, abis 15 batang untuk tanda paper sekali exam..ngeeeeehh..

Kalau yang pernah follow blog ni dari awal, ingat tak gambar tok wan saya naik basikal pergi Kangar? Tok wan suka kayuh basikal pagi2 pergi Kangar sejauh lebih kurang 5 km. Umur tok wan, sebaya dengan Dr. Mahathir. Tahun ni 84 sudah. Ri tu, sehari sebelum Ramadhan, tok wan dah pegi tinggalkan kami. Hmm..

Saya cucu paling manja dengan tok wan. Mak kata cucu kesayangan ssebab rajin melayan tok wan dulu. Dah besar-besar ni kurang sikit. Kalau bulan posa, mesti belikan tok wan kuih anak tangga kegemaran dia. Dah gi interview, mesti minta tok wan watkan air penerang ati. Minta tok wan ajar ayat2 penguat semangat masa kat U. Mak pon, kalu demam teruk, mesti panggil nama tok wan. Masa abah sakit teruk sampai koma dulu, tok wanla jaga abah. Bila dah kawin, balik kampung, mesti tok wan Tanya pasal cik Lie. Husband saya.

Last cuti sekolah ritu, sempat gak saya jumpa tok wan masa kenduri akikah anak sepupu saya. Tok wan masih kuat bergurau. Cuma dia dah tak larat nak mengayuh basikal ke Kangar. Selalu demam2. Masa saya sekolah dulu, tok wan pernah bagitau saya, dia lahir 1 Ramadhan. Kalau nak meninggal pun, mesti 1 Ramadhan. Itu saya ingat sangat. Dan bila tok wan meninggal sehari sebelum Ramadhan, kesannya sangat2 mendalam. 

Tahun lepas, 2 orang terdekat dengan saya meninggal. Pakcik madi, anak tok wan, meninggal 2 hari sebelum raya. Tok wan yang paling terkesan sebab pakcik anak lelaki yang paling dekat dengan dia. Selalu je ada kat umah tok wan. Pukul 2-3 pagi pon dia bleh tinggal anak bini, datang umah tok wan. TOk wan kata, kalau dia meninggal, dia nak dikebumikan sebelah kubur pakcik. Alhamdulillah. Tercapai hajat dia. Betul2 sebelah pakcik. Mungkin sekarang diorang tengah bersembang bertukar2 cerita. Mungkin.. Arwah abg ipar saya, Abg Farid meninggal bulan 10. Sekarang Kak Ngah jadi pengganti saya di rumah, temankan mak. Alhamdulillah sebab Kak Ngah orang yang paling faham cara mak tak macam saya dan Kak Long. Kak Ngah saling tak tumpah macam mak perangainya.

Baru 3 hari puasa, keluarga kami terkejut lagi. Kali ni Tuk Su Ya. Bapa sedara abah. Yang agak rapat dengan mak abah. Kemalangan dilanggar keretapi hari ni. Saya masih tak jelas dengan cerita kemalangan tuk su. Kejap lagi baru nak tipon abah tanya cerita sebenar. Kak Ngah kata abah terkejut lagi. Mak dah lembik lutut. Dah tak lalu makan. Risau saya dengan mak abah. Sudahlah keadaan rumah yang tak sempurna lagi lepas kebakaran hari tu. Ni satu2 berita yang mengejutkan datang.Moga mereka ditempatkan di sisi orang-orang yang soleh. Moga diampunkan segala dosa. Urusan mereka dah selesai, kita entah bila..Wallahualam..


Nak cerita tentang Zara Amani, tentang Pureen Sales, tentang Tanamera Postnatal Set, tentang scan 3D… tapi takda mood lagi..hailaa..tengok esok camna eh..

Nak gi masak nasi untuk sahur jap.heeee..ja ne..

0 org suka saya:

Pages

About me

About this blog

What belongs here, remain here..

klik aje

Powered by Blogger.

Totoro

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers