Fight-oh!

~unpredictable,ungovernable,very complicated me~

Eh..Kenapa tajuk ni..hehe..Ntah, tak tau nak tulis tajuk apa sbenarnya. Teringatkan lagu pertama kelas saya kena nyanyi waktu muzik. Sorang2 weh.. Haha.. tak sia-sia karoks selalu. Lepas gak nyanyi lagu ni. Nanti saya crita ok..

Tak rajin nak crita pasal minggu orientasi. Tapi berjalan dengan lancarlah. Orientasi 4 hari, berat saya turun 3 kilo. Wuhuuu.. Dah bleh agak macam mana condition orientasi tu kan? kan? hehe.. Alhamdulillah suma berjalan lancar.

Ni minggu pertama. Taklah cultural shock sangat sebab saya dah biasa dengan sekolah dan aktiviti padat masa kat matrik dulu. Err.. 9 tahun lepas?? Ok.. Kelas mula pukul 8 sampai pukul 1. Tak ada gap. Then sambung balik pukul 2-3. Untuk hari Selasa - Khamis sampai pukul 7 selalunya. Dengan Sukan, Olahraga, Badan Uniform.

Pengajian Bahasa Inggeris ada 2 kumpulan je. Kelas A, 20 orang dan kelas saya 18 orang. Kebanyakannya muda dari saya. Cuma 4 orang lelaki. 2 kelas saya, 2 kelas satu lagi. Indian. kelas saya 10 melayu, 8 Indian. Seriously, they are very kind and good. Beza btul blajar dengan universiti, tapi lebih kurang sama je dengan matrik. Cuma kat sini kami sentiasa (hari-hari kot..) dilatih bercakap depan kelas. Cikgu kan? Sib baiklah dah 2 tahun jadi gstt, so nervous kat depan kelas tu, kurang dahlah sikit. Cuma otak dengan mulut, jarang synchronized.hahah.

Kitorang dapat duduk hostel sebab pengambilan tak ramai and bilik kosong banyak. Saya pon tak ada roomate. Perghhh.. Besh owhh..

Major saya English, minor Sivik (ergh??), Sains. Yang tak bleh blah, kena blajar muzik.. I like. Syarat nak lulus, salah satunya, kena menyanyi.. Thanks God tak kena menari.. haha. Menari Soranbushi saya taula.. :p

Kelas first muzik, kena menyanyi lagu Perhaps Perhaps Perhaps skaligus untuk audition masuk koir masa konvo. Sib baik lepas, walaupun tak sedap, blehla nyanyi lagu tu dengan baik.. hasil latihan selalu dengan cigu2 muzik Ayu and Yat.. hahaha. Minggu depan tak taula dia nak bagi lagu apa plak. Kitorang gak kena tau main satu alat muzik.. Dalam kepala berkira2 nak beli gita kapok, nak menuntut dengan Ayu. Tunggu elaunla.. Haha. Tapi kalu dapat blajar main drum... Perghhh Beshh kot..

Ni lagu yang kitaorang nyanyi tu.



Untuk sukan dan permainan, team kitorang kena bola baling.. sukaaa.. Sebab dah lama sangat nak belajar main bola baling. Pastu unit beruniform, dapat plak Kadet Remaja Sekolah. Heavennn.. Saya dah dapat lari dari Puteri Islam. Serious, nak something yang agak lasak dan blajar something yang baru. Sebab dulu masa kat sekolah, kat U, agak lemau, so I want to change..Keluar nanti, dah dapat Leftenan Muda.. I like ouwhh..

Assigment dah mula ada sket2.. tak banyak sangat, tapi dah nampak tanda2 bakal tak tido malam. Hehe. Apa2 pon, saya suka life baru ni.. Suka sangat, alhamdulillah..

Mucuk.. Sabar ye.. setahun je. ;-)

0 org suka saya:

Pages

About me

About this blog

What belongs here, remain here..

klik aje

Powered by Blogger.

Totoro