artikel ni saya baca di blogserius. tapi minda dipara-para kesedaran saya mentafsir benda lain plak..jgn tanya macam mana otak saya bekerja..ngeeehh..
"First computer programmer was a WOMAN.Computers have a huge impact on our life, and COMPUTER PROGRAMS tell those computers what to do and how to do it.for BOTH GOOD AND BAD, computer programs have ALTERED OUR EXISTENCE.So, its about time you learned A LITTLE about THEM."
Sebenarnya..dia cerita pasal computer programs. Tapi saya tafsir benda lain..
So basically..Computer programs are women, right? :p
No offense ya..
That's why women are complicated as C++.. Saya pon dapat C+ je utk subject tu..huu..
Teeth: we lost our brother in the battle with the doctor.. :'(
Gum: Poor him..isn't our host is dentophobia??Yabaii..it must be hard to chew..
Stomach: This is the first time in 28 years..aigoo..i've to work hard today..(psst..she eats a lot u know..)
me: shuddaaaap uuu..nyumm..nyumm..
****************
That was my teeth, gum and stomach talking to each other.
Dentophobia??
Sejak bila last korang jumpa doktor gigi?
last week?
Oo..Patutla gigi korang cantik..
Mine? Aigooo...
Sejak dari sekolah takut kot jumpa doktor gigi..
Korang bayangkan..
Dalam satu kelas yang sunyi, tengah fokus wat karangan "Aku Sebatang Pen", tetiba, terdengar ketukan pintu. Semua mata brapa orang ntah dalam kelas 4 Hijau, memandang ke arah pintu. Seorang kanak-kanak perempuan membawa utusan dari yang teragung.
"Kad ijaaaauuuu.." Murid mula panik dan histeria. Menjerit lari lintang pukang. Cikgu Minah tidak dapat mengawal kelas lagi. Semua murid di dalam kelas 4 Hijau lari bertempiaran. Guru-guru di Sek.Keb.Seri Perlis panik. Histeria itu merebak dari kelas ke kelas yang lain.
"Kad ijaaaaauuuuu.."
Semua mereka lari bertempiaran ke jalan raya. Tetiba je Jalan Raja Syed Alwi mengalami kesesakan. Semua orang pasti mengetahui puncanya..Tak lain tak bukan..Kad kaler ijau tu..
Err.. Ye, saya dentophobia..(Cerita ini adalah mitos semata-mata dan cigu BM saya bkn bernama Minah..)
Tapi, kawan karib saya yang menghubungkan saya dengan makanan yang sedap syurga dunia itu telah tidak dapat diselamatkan.. Maka demi rasa ingin makan lagi, saya terpaksa mengorbankan dia.
Doc.Tan: Gigi adik dah pecah, I kena bahagi 3, then baru cabut satu2. U jgn takut k, bila dengar bunyi kret..kret..
me: hah??!! (muka pucat cam nak lari 100m sekarang gak..)
Doc.Tan: (bius gusi..)
me: layan lagu sentimental dlm bilik rawatan sambil bayang dok kat Maldives..lalalla..
Doc.Tan: (Cabut gigi..) Siaapp. Nah amik gigi ni.
me: ehhhhh?? (tengok gigi terkebil2)
Doc tu usik saya..chiss..
Originally, nak upload gmbar gigi sendiri..he is healthy whatt..tabah, kuat dan gigih. tapi..rasa macam disgusting plak..hehehe..
so, here.. lets learn something about it.
Takdela sakit pon cabut gigi..Choihh..
Finally..berjaya mengedit blog..wouhh..blogspot sudah canggih..o.0
Tak tahu, sampai bila boleh update. Of coz, kalu dah masuk sekolah, tak sempat lagi..but, just a little review about my life before this blog genre will totally change. yup. Time to change huh?
Dalam masa beberapa bulan selepas menghapdet, a lot of things happened.
Tak tau nak menulis yang mana satu dulu. Banyaknyaaaa.. Family dulu k?
My beloved uncle, pakcik Madi, meninggal dunia 2 hari sebelum hari raya puasa. Hari raya puasa kali ni, walaupun seronok nak disambut sebab first time saya beraya as a wife but too much to bear. Mendung saja raya kali ni. Semua orang hilang semangat sebab pemergian pakcik, tak diduga langsung. Tak bersebab langsung dan mengejut. Sampai sekarang, result penyebab kematian still pending. Dalam tidur yang sekejap dan tenang.
Sebelum raya haji.. again..semua terkejut lagi..Abang ipar, suami kpada Kakngah plak yang pergi dulu.Penah terbaca pasal pemain paintball yang meninggal dunia masa tengah main tu? yup. That was him. Baru 2 tahun je kakngah kawin.. Terkejut. Sedih. Speechless. Baca kat sini kalu nak tau pasal berita tu.Bro, you are famous now..Dah tak nak tulis lagi pasal dia sebab hari tu, dalam esei untuk paper exam English, I wrote about him.. Sambil jawab soklan, air mata ni berjurai2..adoyaii..
So, after this, harapnya, blog ni bertukar genre ok.. Dah tak mau macam dulu. I still keep my past entries. Eh..blog yg lama masih pegang entry2 dulu kala sejak 2006. Tengokla kalu rasa nak update kat sini...
oh ya..this is her..our new member. Girls Club in da house. Nur Aisyah Humaira yang manis..
Kamu tahu.
Rasa ingin menulis itu sudah kembali.
Mungkin sebab tak sibuk sangat.
Mungkin sebab terlampau banyak yg ingin ditulis. Sedangkan FB tak bleh nak tulis panjang2. Kamu ingat karangan keerr?
Hacuummm.. Blog ni semakin sepi dan berhabuk.. Spring cleaning mungkin??
Yeyeye..Insyallah.. saya akan update kan selagi masa mengizinkan. Buat masa skarang, masih buat2 sibuk dengan praktikal. Serius. Takdelah sibuk sangat lepas masuk bulan kedua. Sebab dah tau, wat macam mana pun, takkan memenuhi kriteria yg lecturer saya nak.. (suh students saya wat sajak?pantun? come onnn...)
Menghadapi kerenah students yang lebih muda...ya allah.. kesabaran teruji.. tapi seronok dengan keletah diorang yang tak disangka2. dan sangat2 comel.. dan pernah timbul satu perasaan, sudahlah saya tak mampu mengajar kanak2 kecil. saya lebih suka dengan pelajar sekolah menengah yang tahu berfikir dan faham arahan saya..(tak perlu terjerit2 depan kelas semata-mata nak suruh buat latihan dalam buku apa!HUH)
Tapi, bak kata Ohni Satoshi dalam citer Uta No Oniisan.. Apa yang lebih penting..Lagu apa yang dinyanyikan atau cara kita menyanyi.. Siapa yang saya ajar..atau cara saya mengajar.. Ok.. Allah selalu tunjukkan jalan dalam apa cara keadaan..
Buku lama saya dah tutup sepenuhnya walaupun sesekali cuma menyelak halaman belakang. Tapi saya rasa, biarlah jalan tu terhenti di sini. Biarkan dia dengan cara hidup dia yang sudah berubah keseluruhannya. Dia bukan lagi dia yang dulu. Totally berubah. Dan saya.. tak sukakan perubahan itu..
Tahun depan, mungkin saya selamat berada di sisi Totoro. Tahun ni, terpaksa berjauhan sebentar. Sakit demam dia, tak ada saya di sisi. Huhu..Cian dia.. Enuff.. Saya tak mahu sangat menyentuh soal hati lagi di sini. Saya mahu jadi blogger tegar semula.. Macam dulu.
Oh ye. Family saya dah ada orang baru selepas menuggu lebih 8 tahun. Kehadiran budak kecik yang cute+montel+lawa dan suka jeling2 org ni sangat2 menggembirakan hati suma org specially tok wan and mak tok dia.. Harapnya, tahun depan, dia ada sepupu baru..huhu..
Ok, nanti nak upload dan tukar sket2 layout blog ni.. semangattt niii...pfff...till next entry.. Jaa nee..:)
Dah lama tak menyentuh blog..masuk dua bulan kalu ikut hari ni.. In the middle of the chaos.. baru abis bola baling di padang, sambil makan sup yang cedap neh, terlintas nak wat refleksi diri skaligus memotivasikan semangat yang sedikit kurang minggu ni. skang kul 7.30 mlm. japgi 8.30mlm, ada klas ganti sains. ari ni giliran saya untuk microteaching..
to be the truth, i'm enjoying my life here. walaupon merungut assgment banyak, klas takde rehat, all sort of ko kurikulum, tapi suma tu benda baru dalam idup saya. itulah yang saya nak crita sbenarnya. kawan2, alhamdulillah. semuanya baik2 blaka.. walaupon jauh lebih muda, tapi sangat2 matang berbanding saya. Tak ada hipokrit, masing-masing saling bertolak ansur sekaligus mengurangkan tekanan yang makin hari makin menghimpit. waduuhh..ayat.. (kesan dok wat esei untuk subjek Ilmu Pendidikan).. kawan2 suma satu kepala. Bleh karok juga..hahahah..
waktu mula2 jadi cigu 2 tahun lepas..saya terpikir.. betulkah ni jalan idup yang saya pilih.. dan bila melangkah ke maktab, benda utama saya tengok.. saya antara yang tua dalam kelas. Kurang bercakap, kurang menonjol, slow learner, tak pandai dalam kokurikulum.. (haloooo.. mana saya pnah aktif koko weh..). Saya manusia yng intrapersonal bak kata Lawrence Kohlberg. Banding dengan orang lain yang petah berbicara, hebat englishnya..(my english is soooo poor), cepat menghafal, ada macam2 kebolehan lain yang menonjol. Yang lecturer tengok pon, mesti dapat markah penuh. Tapi saya bukan orang yang menonjol. Tak ada kebolehan. Tak berani bersuara. Satu-satunya kebolehan saya ialah komputer. Obses okkk.. Dan saya cepat bergaul. Tu je.. Dari segi kordinasi tangan pon, agak lemah. Waktu usia 28 tahun ni, baru saya sedar rupanya perkembangan emosi saya agak lambat berbanding orang lain. Sebab tulah agaknya saya ni masih kebudak-budakan.
Suma tu sekaligus wat saya down. Tapi satu je yang wat semangat saya masih hidup, sebab mak abah dan abang. Diorang sangat berbangga dengan saya. Plus, bila berjumpa dengan benda2 baru, saya sangat teruja. seronok nak gi kawad, seronok nak main bola baling and minggu depan ada Bina Insan Guru yang perlukan kami camping dalam utan untuk 4 hari 3 malam. Rasa ingin tahu tu yang wat saya semangat lebih. sedangkan yang lain saya sangat2 rasa ketinggalan berbanding orang lain.
tapi sedikit demi sedikit, suma rasa kekurangan tu mula kurang sebab apa yang saya dapat di maktab ni..pengalaman dan satu perubahan yang saya tak tau nak cakap camna.. alhamdulillah, rupanya, dulu saya penah komplen kenapa abah namakan saya Hazleen, sebab hati saya sangat lembut dan mudah patah. tapi rupa-rupanya tulah pentingnya hati yang lembut supaya saya lebih hargai orang sekeliling saya, lebih peka dan sebagai guru, saya dekat dengan anak2 bakal didikan saya. Alhamdulillah.. hati saya yang lembut ni, buatkan saya mudah diterima semua walaupun saya tak ada kelebihan langsung berbanding orang lain di sini. Hati saya yang lembut ni saya harap dapat untuk dekati anak2 yang masih kecil dan perlukan bimbingan saya.
bersambung lain kali ok..nak mandi..heeee...
* the word adapt..adapt..adapt..is from the novel ' Village By The Sea' by Anita Desai which I read when I was 18. Mr. Panwallah said it to Hari when he was giving up his life..