Fight-oh!

~unpredictable,ungovernable,very complicated me~

Mahu menulis..
Tapi mata sangat mengantuk..
Perut sangat kenyang dirai oleh adik2 tersayang..ikan bakar marvelous De'Sena.
Esok saja kutulis suma ok?

Allah sudah mengatur jalan yang senang dan kurang berliku..
Tapi apa2 pon, saya mahu ucap valthukkal amma..appa..
Tahun ini, tahun bahagia mak dan abah..

Selepas perkahwinan saya, mak abah dapat menantu.. 3 hari selepas itu, mak abah dapat berita, kak long mengandung selepas 8 tahun.. cucu sulung mak abah...selepas 3 minggu.. kegembiraan berganda untuk mak abah.. anak bongsu yang paling spoiled brat sudah dpt masuk maktab.. impian diorang nak tengok anak jadi cikgu.. impian mak mertua nak dpt menantu cikgu..

esok saja saya sambung yang lain..
mata mahu berehat sebentar..
:)

Aduh..tajuk..

Ok, ni lagu Budi Setahun Segunung Intan



Jangan cik adik lah sayang
Rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik
Jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik
Bergurau senda
Tidur sebantal cik adik
Sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang
Berseri muka
Bunga setangkai cik abang
Penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba
Tidaklah padi berusang hamba

Takkan berusanglah abang
Padi diladang
Takkan terbang hai abang
Pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan


Mak gelakkan saya waktu saya menyanyi lagu ni sambil wat ringkasan mengajar.. Dia kata. tunggulah Zul di Klang tu.. Hahaha..Sebab tu la saya cakap tak nak kawin ari tu..Rindu pelik mengalahkan mula2 bercinta kat UPM dulu. Ciss..*blushing

Pastu tetiba cik Ayu nyanyi lagu ni waktu sesi melalaks. Ok.. Saya nganga..Mengapa dirindu



anak punai anak merbah,
terbang turun buat sarang,
anak sungai pun berubah,
ini pula hati orang.....mengapa dikenang.
asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
sudah jadi orang baru.....mengapa dirindu.
kasih yang dulu tinggal dalam mimpi,
kasih yang baru simpan dihati,
kasih yang dulu tinggal dalam mimpi,
kasih yang baru simpan dihati.
selat teduh lautan tenang,
banyak labuh perahu acheh,
jangan kesal jangan kenang,
kalau hati rasa pedih.....mengapa bersedih.
kalau pinang masih muda,
rasanya pahit sudahlah pasti,
kalau hilang kasih lama,
cari lain untuk ganti.....mengapa dinanti.
patahkan tumbuh hilang berganti,
lukakan sembuh kalau diubati,
patahkan tumbuh hilang berganti,
lukakan sembuh kalau diubati.

sayang mengapa dirindu....



Ok..that was so fun.. Both lagu ni sgt2 mendalam maksudnya for both of us. pergh..terus tambah lagi satu lagu wajib..Kuingin Bahagia.



Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi akan derita

Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru

Kata manis sumpahan
Janji akan setia
Curahan ketika kita
Dalam bermesra

Oh itu
Hanyalah godaan
Memujuk hati ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya

Naaaahh.. amik.. memang klasik fm. cayalah.. Yat, cepatlah balik.. bleh kita wat gila skali. hehe.
Suma lagu ada kaitan dengan kita 3 org ni.. memang bff la kita ni..hehe

************

Sebenarnya hati tengah rawan menunggu esok.
Penentu segalanya.
Kalu dapat, alhamdulillah.
Kalu tak dapat, pun alhamdulillah.
Walaupun berliku sedikit, tapi itu maknanya saya terpaksa pindah ikut Totoro ke KL.
Taklah terpaksa pon, seronok gak, tapi hmm.. Mak abah kat Perlis.. Hmm..

Dahtu, saya mimpi hujan lebat semalam. Aduh. Ari tu, masuk ni dah 3 kali mimpi air... First mimpi tsunami, esok tu perghh kena kaw2 kat sek.. pastu kali kedua mimpi jatuh sungai, tapi ada org tolong tarik. esok tu, dpt berita kaw2 dari pengetua pasal kes tu... tapi alhamdulillah, ada back up.ni mimpi ujan lebat giler semalam.. saya kat bawah umah.. ada kaitan dengan 2 ekor ular.. aishh..sudahhh.. tapi setakat ni, tak mendengar berita apa2 lagi..

ye saya tau.. tak boleh percaya.. syirik.. cuba sangat2 untuk menetapkan ati tak percaya benda tu..Semoga Allah melancarkan urusan saya sepanjang minggu ni..:)

panas..panas..
meletupppp..

meh sini nak crita kat 'rakan-rakan sperjuangan' yang dah mengglamerkan diri masuk paper tu.

Saya dah bergelar gstt sejak 2009. ok..maybe korang lagi lama dlm bidang ni. saya akui. maybe korang dah byk sek pon. saya baru satu sek tu je. tapi yg saya tau, sek tu dari dulu kini dan selamanya memang dgeruni. waktu mula2 dpt sek tu saya mengucap panjang macam nak masuk kandang rimau. sangat takut.

masuk2 situ..uuuu.. lagi takut.. suma org wat keje tak angkat kepala.. tapi bezanya, kat situ suma cigu2 baik2 blaka dan tak kedekut ilmu nak tunjuk ajar. I managed to survive there for 2 years. saya taklah sehebat korang yang bleh bwk student menang dalam kejohanan2 suma tu.. saya lebih suka have fun dengan students (tu gak yang menjadi isu BESAAARR punya..-_-').. wat roket air..koir jepun..tgk citer jepun..festival jepun, mnari.. idak ler mampu teman nak wat budak2 teman main bola keranjang macam Slam Dunk.. selebihnya, tahun lepas, dpt naik unit exam dan tumpang peningkan kepala akak2 kat situ..haha.. ye..saya sedar saya gstt.. saya sedar saya dibayar gaji untuk bekerja. maka saya pon BUAT KERJA macam orang lain. SUMA ORANG wat keja masing-masing. saya pcaya, SUMA GSTT kat Perlis ni menjalankan tugas dengan jayanya bila orang suruh.

Saya bangga dengan kawan2 saya. Sebab kami sedar diri kami ni kontrak je. Orang bagi peluang tu, kira bagus dah. Ibarat macam org yang tak ada klulusan, tapi dpt gaji ribu2.. mcm tulah saya. takde klulusan dlm bidang pendidikan, tapi bleh jadi cikgu. gaji sama dengan cigu..macam org ada pmr je tapi dpt keje jadi ceo.. Maka bila sedar diri ni, kena la wat kerja lebih sket. Saya akui la.. saya memang tak pandai lagi nak mengajar macam cigu2 tetap.. so kena usaha lebihla.. Tapi, TAK PAYAH BANGGA dengan kerja yang kita wat..

Dan yang penting.. GUNA OTAK sebelum wat tindakan. Ada berapa ratus gstt kat Perlis? panggil mesyuarat suma dulu. tak sampai 200 pon..Bincang dulu. Jumpa orang atasan. jangan melampau sangat selagi tak tahu hitam putih. Tahu tak 20 ORANG GSTT yang dapat panggilan hari tu, tempoh kontrak cuma sebulan? Kami kena wat keje macam biasa. Wat buku rekod mengajar macam nak mengajar untuk 8 tahun. Study subject macam nak trus kekal kat sek tu 18 tahun. Tapi kontrak sebulan je pon. Skang.. Sebab tindakan 'kawan-kawan' kami tu.. Dah tak ada peluang lagi dah..Terima kasiiiiihhhh sangat2 yer.. Saya faham perasaan korang.. Takpe2.. sebab saya fahamla, saya akan join korang 1 Februari nanti.. huhu.. Selamat menanam anggur bersama-sama yer 'kawan-kawan'..

(Kutip batu tepi jalan..cukup 552 biji, bleh bayar keta..huhu)

tapi tahun ni, ingat nak kekal gak kat SmkD..sedih..terpaksa berpisah.. apa kan daya.. sek lain memanggil.. walaupun cuma untuk sebulan, terasa dah serasi dengan student kat situ yang rata-ratanya sama je perangai macam student SmkD.Cute, brilliant, naughty and very-very adorable.. (bigggg hugg fromm me..)



view from bilik guru baru..nice meh..tapi rindu gak kat bilik exam yg hot and spicy tu..hmm..

welcome 2011..

ehem..
ada wah-siat sket neh..

To whom it may concern..
Thanx for these few greatest months in my life.
I have a great moments with you.
God knows well why I have to move out from SmkD.
To start a new life I guess.
I'll learn somehow to start it without u.
Do take care coz I believe u'll do well..
What u give, u'll get back..
I'll make sure about it.
Thanks.. :)

******************************

ok..wah-siat dah abeh..
naa..

Start tahun baru 1/1/11 dengan kenduri di seblah perak. Sorry takleh upload gmbr lagi sebab tadak skeping pon.Suma dok kat org..wohh.. This is ridiculous! Nantila ye. Eh..eh.. Dah tawen rupanya saya. Hee.. Ari ni start dah sesi persekolahan. Good news comes with bad news.

Good news nya, saya dapat jadi GSTT lagi. Cuma 20 org ja yang terpilih. But the bad news is.. Maybe cuma sebulan. Hahaha.. JPN wat lawak senario owh.. Sebulan pon nak panggil kerja.. ngee..

Tapi good news lagi.. Or bad? taktau.. Mix feeling.
Bukan lagi di SmkD. Tapi kat sek lain.
I admit that saya memang berharap dapat sekolah lain.
Atas dua sebab.
I have to move on.. and I have to let it go..

Tapi somehow.. saya rasa sangat2 sedih.
I miss SmkD..
Sangat2..
Although macam2 jadi kat situ, tapi saya sgt rindu untuk wat kerja2 yang byk kat situ.
Sangat rindu Kelab B.Jepun..
Sangat rindu board pictures Moments of SMKD.
Tapi Allah tau knapa saya perlu lepaskan suma tu kan?

Dan bila saya telah bersetuju mengubah status saya, banyak pintu2 keajaiban Allah terbuka untuk saya. saya perlu melangkah terus tanpa berpaling ke belakang langsung. Seminggu sebelum langsung, Allah makbulkan doa untuk saya dapat interview tu. Alhamdulillah, berjalan lancar. Kalau tak dapat pon, saya bersyukur dpt peluang tu. Seminggu selepas majlis, dapat berita gembira dari Kak Long slepas menunggu untuk 8 tahun. Banyak sangat yang Allah permudahkan..

Walaupun terpaksa melepaskan benda2 yang saya sayang dan suka.. Saya tau.. Suma tingkap tertutup sebab ada satu pintu yang akan terbuka..

Saya cuma mahu berdoa.. Allah kuatkan langkah saya yang goyah ni..
Dahlah sorang2 je kat sini.
Totoro kat sana.
Saya kena kuat.
Saya mesti pilihhh..(ehh..iklan..haha)

Ok..Mau terus kuat kena minum Twister. Jom gi kedai..
Lai..lai..lai..

Amik..amik..Blogger tegar konon.. Pemalas update..huhu..

Sibukla..(kata hati saya)
Alasan..(kata laptop saya)

Tak sibuk sangat pon..lalala..
Ok2..
Sibukla gak..
Tapi alhamdulillah.. Semuanya selamat dan selesai sudahh..

(Sambil pegang huruf CIK, buang dalam sungai Perak..)

Ehemm.. Puan sudah.. Owhh.. Saya sangat berbangga bergelar cik selama 27 tahun ni.
Nak crita panjang2 memang malas. (Tu pon ada hati nak ngaku blogger tegar!!)

Ni pon baru start pegang laptop balik selepas kekanda totoro balik Kuale..(jangaaann tinggal dakuuu..)
Camner nak dok jauh ni??

Hmm.. Setelah melalui adegan2 drama cerekarama terbaik maki keji seminggu sebelum kenduri dan drama air mata sehari sebelum kenduri, maka selesailah sudah majlis di Perlis. Alhamdulillah berjalan lancar sangat. Mekacih kat sesapa yang datang tak kira jauh dekat.. Ed and her wife dtg all the way dari Johor siap sesat2.. Yati, Tasha and the geng dari KL, sampai 2-3 pagi.. Kak Salina, Kak Miza, Yati 323, Kak Luna dari jauh suma..Terharu ouh tengok diorang ada kat majlis ni. Yang dekat2 pon, sudi gak datang walaupun saya ni kuat ngelat gi kenduri..hahah.. Mekacihhhh sgt. I lebiuuu..

Mak2 sdara, bapak sdara and sepupu spapat toksah cakaplah.. Siang malam bersengkang mata bergelak ketawa, bertegang urat (tido atas lantai tergolek..haha) ada kat majlis saya. Ouh.. Rasa macam puteri raja chulalongkorn..Kamu..memang beeessttttessttt..(ada eh?)

Sepanjang kenduri pon, Yat and Ayu, sentiasa ada kat sisi saya. Ouh.. Menitik air mata saya mengenang pengorbanan diorang sepanjang ari melayan kerenah pengantin yang sorang ni.. Kalu saya tak wat mcm tu waktu kenduri diorang nanti, sila ketuk kepala saya dengan kuali..(sambil hulur kuali dengan muka penuh keinsafan..)

Adik dan Ben.. Tak tau nak cakap camna. Mula2 tu tolong cuci homestay. Pastu tolong sambut orang Perak dtg. See?? Budak2 ni yang sambut diorang.. Pastu tolong letak poster tanda. Macam2la..Dan sentiasa ada sepanjang 2 hari majlis berjalan. Aduh.. tak tau nak cakap camna.. The best brothers are here..

Tapi waktu majlis tu berjalan, tak sempat nak jumpa 2-3 org cigu saya yang lama2 yang datang gak walaupun tak sihat.. Waktu tu tengah makan pengantin. Rasa mcm nak bangun je gi peluk diorang, tapi mcm tak patut plak.. cigu..mekacih dtg.. cyg cigu sgt2..sob..sob..feeling plak..

cigu2 kat Derma pon ramai yang datang.. and tetiba bangga sebab Madam Muahmuah give me a bigggg hug..uuuu..napa cameraman tak amik gmbr ni..bleh lekat kat Moments of Derma.. hekhek..:p

Oklah..just bagi a few shot yg saya tak upload lagi kat fb dan ada yg ayu dah edit dan saya tak edit..err..malass. Pics will tell u the rest of it..kay? tak banyak, tapi blehlaa..nak byk2 meh umah laaa.. ;)

ni tukang make up saya merangkap tukang wat hantaran purple tu..cigu math niii.solo lg..sila isi borang kalu nak ngorat okkk..


Sangat suka gambar ni. Adik amik..


Anak manja..huh


Nak bagi ke tak ni..Pegang kuat2 je duit hantaran ni..


Abah cool je.. mnantu dia..hekhek


cik lawyer aka photographer aka musician.. haihh..chef pon ko.. sumalaa..
masih single..hah..cepat beratur amik no..tak reti2??


Diorang ni dahla pakai baju itam suma, dok dalam umah kat tepi saya. cigu sekolah saya cakap.."banyak beg tangan lin.." hahah.. ni bukan beg tangan..ni bell boy..ngee.from left, mike, shakir, ben and adik..(ok, that will reveal the truth..Alif adik saya. aka Nemo. aka Otomen.ok? puas ati?)


Jangan tanya ni objek apa.. ni sepupu saya yg senget dok wat aksi untuk majalah Playboy.. Hissh..

Berbesaaaar hatttiiii sangat..hehe. mekasih dato. dengan ni, saya berazam utk masak byk2 dgn blender dato..

konon tak nak amik gmbr mcm ni..tp suka plak shot ni..haaa..shot yg lain2 tu..untuk simpanan saja..heee..*malu

ayu edit..terasa saya cantik..hahah*perasan.. luckily, both make up utk dua2 hari tak ubah muka saya sngat dan abah suka make up ni..ngee..(bulu mata ori okaaaayy)
my mucuk..aka totoro..tadaaaa..

Lepas kenduri, ari Isnin kitorang bawak 'beg tangan' (hahaha) gi interview kerja kat site MRSM yang baru tu. Bawak Adik dengan twin dia, Hafiz, Ben and Kirin. Alhamdulillah, tak banyak kerenah dan diorang dah bleh start keja minggu depan. Blehla kumpul duit sket2 nak masuk U. Pastu hantar hafiz and Kirin, amik Shakir gi tengok wayang pecah perut kat Alor Star Mall. Crita Antu Kak Limah. Gila bapak pecah perut.. Rasa macam nak tergolek2 kat bawah kerusi tengok crita tu. Actually saja nak Mucuk kenal diorang sebab diorang ni kan partner tengok wayang saya. walaupun ada aura2 ke'jeles'an kat situ (kaler pink..hikhik) , tapi alhamdulillah, mencapai matlamat.

Hari Rabu, Mucuk dah balik Kuale.. :(
Ni nak gi siap2, esok nak berangkat ke Kuale. kenduri sebelah sana plak. Ate, moh ler kite..


pic ni amik kat sini



(Eh..penjaga gol Malaysia hensem laa.. Si Khairul Fahmi tu.. Apsal eh, saya suka btoi penjaga gol? Dulu Khairul Azman, pastu Yoshikatsu Kawaguchi..ni 'adik' Khairul Fahmi plak..hahaha..tu tak kira penjaga gol Mata Ayer FC lagi..si Norazlan tuuu..ngeee )

Pages

About me

About this blog

What belongs here, remain here..

klik aje

Powered by Blogger.

Totoro

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers