Fight-oh!

~unpredictable,ungovernable,very complicated me~

Sekarang, orang kata dah masa separuh akhir..kalu main bola, dah dekat2 90 minit dah. Aduh.. Masa penalti sangat menakutkan.tetambah lagi kalu masa penaltinya panjang. Waktu macam ni, terasa nak berkongsi cerita dengan orang keliling yang dah bersalin. Anak pertama specially. Tapi suma tak ada yang positif. Suma menakutkan. Dan menyakitkan.

"Anak sulung, kurang-kurang 10 jam la sakit.." Nurse kat klinik cakap.
"Nilah sakit nombor dua lepas mati.." Kawan sorang cakap.
"Sakit..Give up. Tak mau bersalin dah pasni.Cukupla anak sorang." Kawan lagi sorang cakap.
"Akak kena operate.Anak songsang. Lepas sehari, anak meninggal.." Kakak yang jumpa kat klinik.

Ok, enough. Tak nak dengar cerita apa lagi. Saya mahu sentiasa positif. Seperti biasa. Walaupun saya tahu sakitnya..Ya Allah. Minah2 senget yang bersalin dalam toilet tu, takde plak sakit lama pastu senang plak bersalin kan? Siap bleh buang2 lagi baby diorang.. Allah Maha Mengetahui Leen..

Hari ni, startla saya menggoogle petua-petua untuk memudahkan bersalin. Tak nak dengar side negatif sangat sebelum bersalin. Saya mahukan yang positif...

Sebelum ni, saya dah pun beli set bersalin Tanamera. Sebab diorang kata, virgin coconut oil tu, elok dah mengurangkan koyakan perineum semasa bersalin. Tryla guna. Tapi rupanya, baru saya tau, ada teknik urutan perineum yang boleh mengurangkan koyakan ni. Selama ni, punyala dok sapu je minyak tu kat situ..

Benda ni saya copy paste dari blog ni. Zuzu's Life.

Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?

* Lakukan "Perineal Massage"
* Menggunakan 1 atau 2 jari
* Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.


Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?

* Tidak ada.
* Senang dilakukan.
* Tidak menyakitkan.
* Tidak perlu bayaran.


Tatacara mengurut perineum

1. Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
 

2. Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
 

3. Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
 

4. Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
 

5. Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
 

6. Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.


Tak wat lagi..jangan tanya how it feel..ngee.. 

Ini pula saya amik dari web favourite saya. babycenter.com. Banyak benda kat sini yang berguna untuk dibaca.

Bernafas dan bernafas terlebih

Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.

Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.

Corak pernafasan untuk perlahiran

Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.

Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.

Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.

Teknik pernafasan mudah

• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!

• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

Sokongan semasa pernafasan

Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.

Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.

Bernafas dan meneran

Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.

Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.

Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.

Bernafas dan bukan meneran

Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.

Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/teknik-bernafas/#ixzz268ujRmr5


********************************************************

Kerisauan makin jelas lagi nyata bila sebenarnya, tak decide lagi nak bersalin kat mana. Nak sangat bersalin dekat dengan hubby sebab dia yang paling faham kesakitan, kemanjaan, kemengada2an saya. Dia tahu apa yang saya perlu. Tapi nak gak bersalin dengan mak di sisi sebab of cozla.. Tak payah tanya. Mak kita. Walaupun sebenarnya, saya ni depan mak, adalah orang yang berbeza. 

Depan mak, sakit ke, sedih ke, apa ke, tak pernah saya tunjuk. Sampai first time saya menangis dulu, mak terkejut sebab tak pernah tengok anak bongsu dia menangis. Selalunya saya tunjuk saya kuat depan mak dan abah sebab tak nak diorang bimbang, risau. Maklumlah diorang dah tua. Tak sihat sangat. Saya pendam je perasaan depan mak abah. Mak cakap saya happy go lucky. Tapi saya banyak luah dengan orang lain. Sebelum kawin, dengan member. Lepas kawin, dengan hubby. Tapi kalu bersalin di Klang, mak tak dapat datang awal. Perlis dengan Klang...Bukannya dekat. Kalau btul2 due 16hb, takpela. Kalu terkejut, terawal..Lagipun, mak abah tak sihat sangat nak datang duduk di sini. Tak selesa macam rumah diorang sendiri. Kalau 2 minggu di sini.. Huihh.. Saya dah tengok keadaannya bila mak abah di umah kak long masa kak long bersalin dulu..tekanannnnn..

Kalau balik bersalin di Perlis, hubby pon, paling kurang dia takkan sempat teman rasa sakit saya...Dia kena balik jauh sorang-sorang ke Perlis. Hmm.. sudahlah saya berpantang di Perlis. Tahap kerisauan dia yang kadang2 macam pompuan tu, akan merisaukan saya..

Positif Leen.. Positif.. You should always think about other as usual. Kalau kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita kan?kan?

By the way, satu-satunya cerita yang positif, saya dengar tentang bersalin, daripada sepupu hubby, Dayah, Dia baru bersalin 31 Ogos ritu. Anak merdeka lagi. Katanya, 2 hari sebelum bersalin, dia sempat pegi beraya umah adik ipar saya. 30hb, dia rasa sakit belakang. Tanda-tanda dah ada. Tapi sempat lagi gi Jusco nak makan2. Waktu buang air kecil, baru perasan ada lendir bercampur darah. Terus dia gi hospital. Hospital cakap, baru buka sikit, so dia balik dulu kemas2 barang, makan sepuas2nya. Nak bagi ada tenaga. Malam tu dia masuk hospital balik.(dia gi private hospital..) Contraction tu dah rasa, sakit toksah cakapla. Tak bleh bersuara dah melainkan mengerang. Dia masuk labour room pukul 9 pagi. 9.35 dah selamat lahir baby boy. Waaaaahhh.. Senangnya.. hehe.. Satu-satunya cerita positif dan menarik. Heee.. Habuan masing-masing. 

Tunggu cerita saya plak eh..

Pages

About me

About this blog

What belongs here, remain here..

klik aje

Powered by Blogger.

Totoro

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers