Fight-oh!

~unpredictable,ungovernable,very complicated me~

Amik..amik..Blogger tegar konon.. Pemalas update..huhu..

Sibukla..(kata hati saya)
Alasan..(kata laptop saya)

Tak sibuk sangat pon..lalala..
Ok2..
Sibukla gak..
Tapi alhamdulillah.. Semuanya selamat dan selesai sudahh..

(Sambil pegang huruf CIK, buang dalam sungai Perak..)

Ehemm.. Puan sudah.. Owhh.. Saya sangat berbangga bergelar cik selama 27 tahun ni.
Nak crita panjang2 memang malas. (Tu pon ada hati nak ngaku blogger tegar!!)

Ni pon baru start pegang laptop balik selepas kekanda totoro balik Kuale..(jangaaann tinggal dakuuu..)
Camner nak dok jauh ni??

Hmm.. Setelah melalui adegan2 drama cerekarama terbaik maki keji seminggu sebelum kenduri dan drama air mata sehari sebelum kenduri, maka selesailah sudah majlis di Perlis. Alhamdulillah berjalan lancar sangat. Mekacih kat sesapa yang datang tak kira jauh dekat.. Ed and her wife dtg all the way dari Johor siap sesat2.. Yati, Tasha and the geng dari KL, sampai 2-3 pagi.. Kak Salina, Kak Miza, Yati 323, Kak Luna dari jauh suma..Terharu ouh tengok diorang ada kat majlis ni. Yang dekat2 pon, sudi gak datang walaupun saya ni kuat ngelat gi kenduri..hahah.. Mekacihhhh sgt. I lebiuuu..

Mak2 sdara, bapak sdara and sepupu spapat toksah cakaplah.. Siang malam bersengkang mata bergelak ketawa, bertegang urat (tido atas lantai tergolek..haha) ada kat majlis saya. Ouh.. Rasa macam puteri raja chulalongkorn..Kamu..memang beeessttttessttt..(ada eh?)

Sepanjang kenduri pon, Yat and Ayu, sentiasa ada kat sisi saya. Ouh.. Menitik air mata saya mengenang pengorbanan diorang sepanjang ari melayan kerenah pengantin yang sorang ni.. Kalu saya tak wat mcm tu waktu kenduri diorang nanti, sila ketuk kepala saya dengan kuali..(sambil hulur kuali dengan muka penuh keinsafan..)

Adik dan Ben.. Tak tau nak cakap camna. Mula2 tu tolong cuci homestay. Pastu tolong sambut orang Perak dtg. See?? Budak2 ni yang sambut diorang.. Pastu tolong letak poster tanda. Macam2la..Dan sentiasa ada sepanjang 2 hari majlis berjalan. Aduh.. tak tau nak cakap camna.. The best brothers are here..

Tapi waktu majlis tu berjalan, tak sempat nak jumpa 2-3 org cigu saya yang lama2 yang datang gak walaupun tak sihat.. Waktu tu tengah makan pengantin. Rasa mcm nak bangun je gi peluk diorang, tapi mcm tak patut plak.. cigu..mekacih dtg.. cyg cigu sgt2..sob..sob..feeling plak..

cigu2 kat Derma pon ramai yang datang.. and tetiba bangga sebab Madam Muahmuah give me a bigggg hug..uuuu..napa cameraman tak amik gmbr ni..bleh lekat kat Moments of Derma.. hekhek..:p

Oklah..just bagi a few shot yg saya tak upload lagi kat fb dan ada yg ayu dah edit dan saya tak edit..err..malass. Pics will tell u the rest of it..kay? tak banyak, tapi blehlaa..nak byk2 meh umah laaa.. ;)

ni tukang make up saya merangkap tukang wat hantaran purple tu..cigu math niii.solo lg..sila isi borang kalu nak ngorat okkk..


Sangat suka gambar ni. Adik amik..


Anak manja..huh


Nak bagi ke tak ni..Pegang kuat2 je duit hantaran ni..


Abah cool je.. mnantu dia..hekhek


cik lawyer aka photographer aka musician.. haihh..chef pon ko.. sumalaa..
masih single..hah..cepat beratur amik no..tak reti2??


Diorang ni dahla pakai baju itam suma, dok dalam umah kat tepi saya. cigu sekolah saya cakap.."banyak beg tangan lin.." hahah.. ni bukan beg tangan..ni bell boy..ngee.from left, mike, shakir, ben and adik..(ok, that will reveal the truth..Alif adik saya. aka Nemo. aka Otomen.ok? puas ati?)


Jangan tanya ni objek apa.. ni sepupu saya yg senget dok wat aksi untuk majalah Playboy.. Hissh..

Berbesaaaar hatttiiii sangat..hehe. mekasih dato. dengan ni, saya berazam utk masak byk2 dgn blender dato..

konon tak nak amik gmbr mcm ni..tp suka plak shot ni..haaa..shot yg lain2 tu..untuk simpanan saja..heee..*malu

ayu edit..terasa saya cantik..hahah*perasan.. luckily, both make up utk dua2 hari tak ubah muka saya sngat dan abah suka make up ni..ngee..(bulu mata ori okaaaayy)
my mucuk..aka totoro..tadaaaa..

Lepas kenduri, ari Isnin kitorang bawak 'beg tangan' (hahaha) gi interview kerja kat site MRSM yang baru tu. Bawak Adik dengan twin dia, Hafiz, Ben and Kirin. Alhamdulillah, tak banyak kerenah dan diorang dah bleh start keja minggu depan. Blehla kumpul duit sket2 nak masuk U. Pastu hantar hafiz and Kirin, amik Shakir gi tengok wayang pecah perut kat Alor Star Mall. Crita Antu Kak Limah. Gila bapak pecah perut.. Rasa macam nak tergolek2 kat bawah kerusi tengok crita tu. Actually saja nak Mucuk kenal diorang sebab diorang ni kan partner tengok wayang saya. walaupun ada aura2 ke'jeles'an kat situ (kaler pink..hikhik) , tapi alhamdulillah, mencapai matlamat.

Hari Rabu, Mucuk dah balik Kuale.. :(
Ni nak gi siap2, esok nak berangkat ke Kuale. kenduri sebelah sana plak. Ate, moh ler kite..


pic ni amik kat sini



(Eh..penjaga gol Malaysia hensem laa.. Si Khairul Fahmi tu.. Apsal eh, saya suka btoi penjaga gol? Dulu Khairul Azman, pastu Yoshikatsu Kawaguchi..ni 'adik' Khairul Fahmi plak..hahaha..tu tak kira penjaga gol Mata Ayer FC lagi..si Norazlan tuuu..ngeee )

1 org suka saya:

selamat pengantin baru leen.. tahniah.. :)

kamu sgt sweet.. cantek! :D