Fight-oh!

~unpredictable,ungovernable,very complicated me~

Dalam crita hotaru no hikari.. kalu perasaan kita berkecamuk, kena golek2 atas lantai.. hakhak.. golek2..golek2..jatuh katil..gedebub.. ngee..

Alhamdulillah, satu perkara dah selesai. Sebenarnya, saya dapat interview KPLI. Rasanya dah 5-6 kali mohon, ni baru first time dapat. Dahtu mohon yang bukan-bukan. English. hakhak. Macam mana budak Sains nak ajar English. Dah tu, tak ada pengalaman mengajar langsung. Cuma ada 2 bulan mengajar English. Tak sempat nak adapt pon. Yerla, Pijik memanglah dalam English. Tapi beza sangatla. Alhamdulillah pengalaman 2 bulan tu pon, banyak benda saya bleh blajar. Learn to be more creative to teach. English kena kreatif kan. Pijik pon saya merapu, English lagila. Tapi sebab dah hujung nak exam, tak sempatla mengkreatifkan diri sangat.

Ok back to my interview. Just nak share kot2 ada yang tak gi interview lagi kan. Share pengalaman jerla. Dapat belum tentu.. Err.. Lain yang saya takut, lain yang jadi. Saya takut nak interview, tapi by the end, esei saya yang lingkup. Padan muka. Haha. Tapi benda ni saya anggap pengalaman. Sebelum ni asyik kena interview dalam BM, so dah tau la macam mana nak handle interview English.

Pagi-pagi tu saya datang, sesi first pukul 8, baru sorang calon masuk interview. Sembang2 dulu dengan calon lain. Bergelak ketawa riang ria di hari raya krismas. Diorang dah kena group interview. Tajuk diorang, how to enhance fun learning ke ICT ke hapa ntah. Tak ingat. Pastu dah diorang abih interview, group saya tengok2 ada 4 org je. Pheww.. Less competitor..hekhek. Then kitorang masuk untuk esei. tengok2 tajuk terus... Damnn.. Blur..

1) Love is still hold meaning in modern society. Discuss.
2) Corruption - stiffer punishment. Discuss.

Hampeh. yang saya tau, 9 org tu wat love. termasuk saya. tapi serius merapu mcm karangan darjah 4. Tolak markah dah kat situ. Knapakah saya blurrrr.. memang tak lepas la.. Jangan harap.

Bila masuk group interview, kitorang dapat reading habit, how to inculcate the habit. Saya tergamam. Aik.. macam takde dlm spot je ni. ngee..

Dalam 4 orang kami, ada sorang lelaki. Kitorang suma gstt kecuali Kak Ina. Dia keje kat Shorubber. Si Fareez ni, quite glamor gak la di kalangan gstt. saya tak tau, tapi saya memang pernah dengar pasal dia. he's very good. dia dengan Kak Ina, nampak ada talent boleh conduct group tu. While saya dengan Zana banyak menyampuk je. So, kat situ markah Fareez dah lebih. Tapi sebab kitorang boleh ngam, saling tolong support masing2. Kalu sorang lupa nak cakap apa, yang lain tolong. Fareez support point saya, saya agreed with Kak Ina dan Zana support Fareez. Pergh. Lega dapat group macam tu. Sambil2 dok tunggu orang interview, kitorang bergelak ketawa macam tak ada hutang. Beshh.. saya bagi idea yang memang ada dalam family saya iaitu, kitorang memang diajar membaca sejak kecil. nak tido kena ada bedtime story. even mak abah still suka beli buku sampai sekarang.. dah macam library.. kak long and kak ngah sampai sekarang masih kumpul Enid Blyton dan Nancy Drew. sebab parent dah ajar minat kitorang untuk membaca. Dan bahan bacaan kitorang, kalau pon novel, tak serupa dengan orang lain. Novel yang berat2 je. Pastu saya crita skit2 pasal culture org Jepun yang membaca kat mana saja. Saya obses dengan Jepun ok..hahaha.

Back to individual interview, Saya calon kedua. Nasiblah dia tak tanya pasal NKRA, KSSR or whatever it is. Just general knowledge. Mula2, macam biasalah. Introduce myself. Mengarut je banyak sebab tak banyak masa dia bagi. Tapi sempatla bagitau saya gstt dan ajar apa. Tak sebut pon ajar English, tapi dalam surat sokongan ada. SO dia tanya, berapa lama? Alaaa.. 2 bulan jee.. Haha.. (sila baca dalam English ok?)

Lepas tu dia tanya, sepanjang mengajar BI, ada problem tak?

Ohemji.. 2 bulan mana sempat nak rasa problem.. Hepi je.. ngeee...
Saya pon cakap masalah utama walaupun saya mengajar sekolah budak pandai, diorang malu nak bercakap omputih.

So how to solve that problem?

Alamak. tetiba saya berlakon kat situ. Sambil buat intonasi suara cigu dan student. I don't know how tetiba benda tu keluar.. Ok.. Peliknyaa.. Haha.Sib baik panel yang pompuan macam angguk2.. Ok, dia faham apa yang saya lakonkan. Apa kau mengarut labuuuu..

Pastu soklan faveret dah sampai.. Yiehaa.. Macam mana saya guna ICT dalam pembelajaran saya.

Damn I like that question so much.Yelaa..tulah satu2nya alat untuk org yang baru mengajar ok? macam mana nak crita pasal beruang Siberia kalu saya pon baru baca dlm buku teks geografi.. ahahaha. saya critala saya memang 80% guna ICT. Games, power point presentation, video, interactive cd, music.. bla..bla.. Alamak.. btullah... panel tu tau saya ada background ICT waktu kerja dulu.

Ok..ni peringatan untuk orang lain. dalam pernyataan hasrat, jangan gatal nak tulis bukan2 pasal modal insanlah, negara bangsalah. comfirm dia tanya. eeeeeeett.. mula2, nak pengsan sebab tetiba blank bila dia tanya, mcm mana saya nak bentuk modal insan?

saya lupa apa benda la modal insan tu.. saya merapik sampai dia kata, apa kau merapu mangkuk? (ok..dia tak cakapla mcm tu..tapi dia tanya la apa yg saya ckp neh..tak pahamm..)

bila dia sebut skill, baru ingat balik. Haaa... so saya kata, nak belajar bukan setakat membaca buku, dia kena learn skill tu. Thanks to kak Azalia yang wat kelas memasak kat kantin sebab nak ajar student tulis esei pasal How To Make Sandwich. blajar esei tapi dlm masa yang sama dia belajar sediakan bfast untuk diri sendiri, cooperation dengan kawan2 and etc.. Pinjam idea Kak Azalia.. hakhak.. Pastu masuk sket pasal Fizik. Pasal roket. Outdoor learning that give them practical skills and theory. resistance la apa bala la.. terlupa langsung tentang istilah experimental learning yang saya dok hafal semalam. ceeh.. sib baik panel tu macam paham la apa saya dok merapu ni.. haha.

last2.. dia tanya. ada soklan?

huhuhuh.. please ready with your question. tanya je lah apa2 soklan pon.
saya tanya soalan, adakah impossible untuk saya mengajar english walaupun saya bukan dalam bidang ni? ni kak long ajar suh tanya.. kena marah balik dengan panel. hahaha. dia kata jangan dengar rumours.. hahah.. pepandai je aku nih..

that was surely not the best interview I had but I enjoyed it very much. Berdasarkan pengalaman masa interview kat Poli dulu, better la. Cuma sebab esei dah hancur, so saya assume, tipis la peluang nak dapat. Tapi saya pelik, mcm mana saya bleh fluent english tetiba waktu interview. Bleh plak cakap.. Ingatkan tak reti dah.. chett..

Anyway saya dapat member2 baru, yang sekepala and gila2. Pasni ada member bleh ajak tengok wayang and jalan2 cari pasal. hekhek. tak bleh blah, diorang asyik bantai gelak kat saya sebab nak ajar sjkt.. kelaamm masa depan.. kurang asam punya member.. ammahh.. yenna deeii.. nanti anak saya muka cam kajol tau.. huh.

serius, saya memang takde masalah dengan races. skang pon, kat sek saya ok je dengan student berlainan bangsa. diorang bleh dgr lagi ckp saya.. although ada yang diakui memang tak hormat cigu, cakap banyak sgt tapi bagi saya diorang berhak dapat layanan sama rata. we are teachers right? lagipun diorang memang banyak tolong saya. sama mcm students melayu. so saya takde masalah dengan races. Political view? lantaklah dengan politik. Tugas saya mengajar saja.. ngee..

ok..that's all.. skang baru bleh tumpu untuk next week plak.. giler tul. Penaaatt niii.. tapi sempat lagi nak sambung tengok crita Hotaru no Hikari dengan Natsu No Koi Wa Nijiiro no Kagayaku.. Oiittt.. Matsumoto Jun niiiii...Mana bleh tinggal.. hahaha..

choww..

1 org suka saya:

mcm ni,kelebihan leen kat intw grup la sbb ada 2 org yg terer boleh handle..grup akak sorang je yg terer yg lain biasa2 je dan sorang langsung x boleh BI (dia mintak lain tp dpt kos BI..tu yg failed tu).tp apapun rezeki masing2 Allah tentukan..so lps ni, tugas kita solat hajat dan minta Allah berilah kat kita rezeki ni kali ni