Fight-oh!

~unpredictable,ungovernable,very complicated me~

Yeay..Dah boleh terus menulis sebab inche totoro dah on berukband..penat nak mencuri-curi tulis di sekolah..tak sempat langsung.. apa yang tak sempat?? sekolah rendah je pun..weeewwwww.. sekolah menengah lagi enjoy woo..specially sek kebangsaan biasa.. bila dah di sjk(c), tahap kerajinan check buku sungguh luar biasa..ngee..

Idea tak datang plak..chess.. Citer pasal this cute little creature kat dalam perut ni bestla.. hehe.. Minggu lepas dia dah cukup 6 bulan. Tapi still doktor tak detect jantina. Check kat Klinik Kesihatan Botanik, Klang. Pastu ada biras cakap, try check kat Klinik TTDI kat Petaling Jaya. Sebab kat situ ada sorang doktor, Dr.Izzatul yang terer bab2 scan ni. Selalunya sapa yang gi kat dia mesti bleh tau jantina baby. Bukanlah memilih nak lelaki ke apa..anak sulung kan. Tapi kalu lelaki, bagusla sebab family sebelah saya memang ketandusan boboy.. suma asyik keluar gegirl..ngee.. Tapi sebelah inche totoro, suma asyik kuar boboy.. hehe.. diorang pon harap baby ni gegirl. Tapi main point kitorang nak scan sebab takut tersalah panggil. Sebab saya dah mula asyik terpanggil Wafi.. (waahh.. Nama Wafi tu dah tersedia sejak 1998 ok..ngeee..) Inche Totoro kata, dia nak letak Wafi Zafran. Amboi.. Glamernye.. Bleeeehh..Maksudnya kejayaan yang sempurna..

Tapi mak saya kata, dia ata instinct yang ni pon baby gegirl. Sebab inche totoro asyik sakit je sepanjang 5 bulan pertama. Saya tak alah teruk. Biasa je. Cuma tak lalu makan..(very unusual okaayy).. Pastu Humaira kesayangan kitorang asyik gaduh dengan saya. Bleh plak budak kecik umur 8 bulan tu dok lawan gaduh.Hishh.. Ni kes buli ni. Takleh jadi.. Nak scan gak..

Bila gi scan, doktor tanyala. Kat klinik kesihatan tak scan ke.. Dah 3 kali dah.. Tapi tak nampak lagi. Doktor tu gelak je. Biasalah dia kata.. Dia pon scan. Aik budak ni bleh plak dok terkangkang elok je. Nak betau ibu dia. Memang clear nampak 3 line. Dalam buku yang saya baca, kalu 3 line tu, gegirl ..Weeeeeee.. Doktor kata gegirl la ni. Takde telur. Tapi inche totoro still tak caya sebab tukang urut yang slalu urut kami kata, budak ni lelaki dengan confidentnya.. (err..saya tak brapa percaya sangat dengan tukang urut ni dalam apa2 kes pon..tapi, dia lagi pandai kot.. Layan je..heeee)

So kitorang kata, tak kisahlah lelaki ke pompuan. Sebab kadang-kadang scan lain, bleh jadi lain gak kan. Rezeki Allah nak bagi.. Amik.. Amik..Kalu pompuan, dulu beria nak letak Zahira.Tapi saya tak mau orang panggil dia pendek2. Nak orang panggil penuh. Pastu mak saya suh letak Izzara Aisyah. Amboii.. Ni lagi glamer.. Takmau..Takmau.. Nama artis...

Terus jadi Zara Amani. Sedap2..Tapi naper dengar bunyi macam Zamani je? Hahaha.. Boyfriend lama tu..(Zamani SLam ok..) Tapi leh sebab inche totoro suka nama tu, saya on je.. Macam nama dia la.. Zara Amani bt Zul Amali. Maksudnya, puteri kesejahteraanku/harapanku. Nak glamer aja ayah dia..ngee..

Semua orang dah biasa lalu kan pengalaman pertama macam saya. Yang herannya, rasa excited jadi ibu tu cuma datang pada saya bila baby ni dah 6 bulan. Maybe sebab masa umur 5 bulan, still saya takleh rasa sangat pergerakan dia. Bentuk badan saya pon, still macam tak mengandung. Maklumla, saya penah gemuk tahap tak ingat. Then, berat turun masa kat KPLI. Perut2 yang menggelebeh tu dah berisi balik dengan baby ni. So mestila tak nampak sangat. Tapi masa besday saya 30 Mei ritu, baby ni bagi first present kat saya.. UUuuu.. Terkejut sangat sebab first time rasa dia tendang. Masa tu dia betul2 cukup 5 bulan. Pastu kompius sorang2.. Rasa apakah ini..

Sampai skang, saya excited tunggu dia bertindakbalas dengan saya. Bila dia menendang.. Rasa macam.. Ya Allah, tak tau nak gambarkan seronoknya hari-hari. Kalau dia diam je dalam perut tu, mulalah risau.. Tapi nanti dah 7-8 bulan.. Hehehe.. Amik kau.. Tak bleh wak kerja agaknya saya bila dia wat maero attack..heeee..

Meh..meh kita tengok gambar perkembangan janin 6 bulan.Saya amik dari website ni.http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/25-minggu/



Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi.





Ni plak kalu scan gender 2D.. Ni kalu baby Wafi.





Aaa..ni kalu baby Zara.. Sama macam saya nampak ritu..





















Wah.. dah pukul 11. Kena ready nak gi sekolah.. Ada meeting lak kul 12.30..ngee.. Ok..nanti saya update lagi.. Minggu depan ada sales Pureen kat PJ.. Jom redaahhh.. ngeeee..

0 org suka saya:

Pages

About me

About this blog

What belongs here, remain here..

klik aje

Powered by Blogger.

Totoro

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers